Shaarani Ismail


PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mengesahkan penyertaan seorang lagi pemian import baharu ke dalam skuad The Bos Gaurus bagi menggantikan Zachary Michael ‘Zac’ Anderson yang kini sedang mengalami kecederaan.

“Pengurus pasukan Perak, Datuk Adly Shah Ahmad Tah akan buat pengumuman beliau sendiri berhubung perkembangan itu.

“PAFA sudah mendatangani kontrak dengan seorang pemain Lubnan, Hussein El Dor sehingga penghujung musim ini dan beliau adalah pemain pertahanan. Kontrak itu dibuat bagi menggantikan pemian yang baharu menandatangani kotrak, Zac Anderson yang cedera dan mengambil masa untuk pulih.

“Kita akan pastikan Perak akan dapat bersaing di dalam Liga Super dan kami mengambil keputusan untuk menandatangani kontrak baharu,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Sambutan Hari Wesak Persatuan Penganut Agama Buddha Temoh, di sini hari ini.

HUSSEIN El Dor.
HUSSEIN El Dor.

Dalam pada itu PAFA dalam kenyataanya hari ini turut mengumumkan bahawa El Dor, 25, bersetuju dan sudah menandatangani kontrak bersama skuad The Bos Gaurus bermula semalam sehingga penghujung musim ini bagi memperkuatkan barisan pertahanan pasukan.

Pemain pertahanan berketinggian 190cm itu tiba di Ipoh semalam dan dijangka diturunkan oleh ketua jurulatih, Mehmet Durakovic dalam aksi Liga Super menentang Pahang, esok di Kuantan.

Menurut kenyataan itu, sebelum menyertai Perak, Hussein pernah beraksi untuk beberapa pasukan lain di Maldives dan Lubnan serta yang terbaharu pasukan I-League, Churchill Brothers S.C.

El Dor akan menyarung jersi bernombor lima dan mengisi kuota pemain import menggantikan Zachary Michael “Zac” Anderson yang kini sedang mengalami kecederaan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 18 Mei 2019 @ 6:38 PM