ALBA (kiri) menjaringkan gol kedua Barca. FOTO/AFP
ALBA (kiri) menjaringkan gol kedua Barca. FOTO/AFP
AFP

BARCELONA menghampiri gelaran La Liga kelapan dalam tempoh 11 tahun selepas jaringan Clement Lenglet dan Jordi Alba mengesahkan kemenangan 2-1 ke atas Real Sociedad awal pagi tadi.

Kemenangan itu bermakna Barca hanya perlu menewaskan Alaves awal pagi Rabu dan Levante Sabtu depan untuk dimahkotakan sebagai juara di Nou Camp menakala tiga mata ke atas Alaves sudah cukup buat mereka andai Atletico Madrid tewas kepada Valencia awal pagi Khamis.

Tidak kira tiga atau tujuh hari, skuad Ernesto Valverde hanya menunggu masa untuk mempertahankan gelaran mereka meskipun Atletico terus mengekalkan jurang kepada sembilan mata selepas mengatasi Eibar sebelum itu.

“Kami perlu melupakan bahawa kami sembilan mata di depan,” kata Valverde.

“Kami mempunyai masa tiga hari sebelum kembali bermain dan ia pasti sukar.”

Kejuaraan lebih awal akan memberikan Barca lebih fokus terhadap kempen Liga Juara-Juara yang akan memberikan kelebihan buat mereka berbanding lawan di separuh akhir, Liverpool yang turut terbabit dalam pergelutan memburu kejuaraan dengan Manchester City.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 21 April 2019 @ 8:14 AM