ROMELU Lukaku (kiri) diberi rawatan awal sebelum dikeluarkan pada perlawanan Liga Perdana Inggeris menentang Arsenal di Old Trafford yang berkesudahan Manchester United menang 2-1, semalam. FOTO AFP
ROMELU Lukaku (kiri) diberi rawatan awal sebelum dikeluarkan pada perlawanan Liga Perdana Inggeris menentang Arsenal di Old Trafford yang berkesudahan Manchester United menang 2-1, semalam. FOTO AFP
Reuters

MANCHESTER: Penjaring terbanyak Manchester United, Romelu Lukaku mengalami kecederaan ketika menang 2-1 ke atas Arsenal di Old Trafford, semalam dan pengurusnya, Jose Mourinho tidak pasti sama ada pemain itu dapat beraksi pada final Piala FA.

Lukaku yang menjaringkan 27 gol dalam semua kejohanan musim ini terpaksa dikeluarkan pada minit ke-50 dan digantikan Marcus Rashford.

United akan menentang kelab lama Lukaku, Chelsea pada final di Wembley pada 19 Mei ini.

“Saya tak pasti dia dapat beraksi atau tidak,” kata Mourinho kepada wartawan.

“Dia sentiasa mahu beraksi. Dia tidak tahu penat dan tidak peduli masalah kecil. Dia tetap mahu pergi.”

“Oleh itu, saya menggantikannya bukan kerana dia tidak boleh bermain, tetapi ada masa tiga minggu lagi menjelang final. Tunggu dan lihat. Saya tahu kecederaan kakinya, tetapi tak tahu dengan lebih lanjut,” kata Mourinho.

Sementara itu, untuk jangka masa panjang, Mourinho berkata, kelab makin hampir menyambung kontrak baru Marouane Fellaini yang menjaringkan gol kemenangan United pada masa kecederaan untuk menewaskan Arsenal, semalam.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 30 April 2018 @ 11:56 AM