KEKALAHAN Arsenal kepada Manchester City pada final Piala Liga Ahad lalu tidak menghalang Pierre Emerick Aubameyang menikmati kehidupan bergaya di kota London.
Biarpun tewas 3-0 kepada skuad Pep Guardiola penyerang The Gunners itu
tetap menjalani kehidupan ‘stail tersendiri’ bersama teman wanita dan kereta Range
Rover berwarna emas miliknya, semalam.
Penyerang yang mencatat rekod perpindahan Arsenal sewaktu tiba dari
Borussia Dortmund dengan nilai £56j (RM306 juta) pada Januari lalu dilihat meninggalkan restoran Nobu
Berkeley Street, Mayfair bersama teman wanitanya, Alysha Behague..
Aubameyang terkenal dengan kehidupan bercita rasa tinggi dilihat ditemani Alysha meninggalkan restoran dengan kereta berwarna emas itu.
Penyerang Gabon itu mengenakan sut berwarna perak seluar hitam dan kasut sukan ketika makan di restoran diminati golongan selebriti itu.
Pada final kelmarin, jaringan Sergio Aguero, Vincent Kompany dan David Silva memastikan City menjulang piala pertama bersama Guardiola.