OZIL (kanan) jaring gol kedua Arsenal pada minit ke-53 perlawanan. -Foto Reuters
OZIL (kanan) jaring gol kedua Arsenal pada minit ke-53 perlawanan. -Foto Reuters
Reuters

LIVERPOOL: Everton terperosok ke zon penyingkiran selepas Arsenal bangkit daripada ketinggalan satu gol untuk membenam mereka 5-2, pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Goodison Park, malam tadi.

Tuan rumah bermula dengan baik apabila Wayne Rooney membuka jaringan pada minit ke-12 - jaringan yang tiba 15 tahun selepas pemain itu meledak gol menentang lawan sama ketika dia berusia 16 tahun.

Meskipun ketinggalan, Arsenal menguasai permainan dengan melakukan 17 percubaan ke gawang gol dan Nacho Monreal mengikat kedudukan lima minit sebelum tamat babak pertama.

Arsenal terus memburu gol kedua dan usaha mereka berhasil apabila Mesut Ozil meletakkan The Gunners di hadapan pada minit ke-53.

Nasib malang menimpa Everton apabila mereka terpaksa beraksi dengan 10 pemain susulan Idrissa Gueye diarahkan keluar padang kerana menerima kad kuning kedua.

LACAZETTE menambah luka Everton dengan jaring gol ketiga Gunners. -Foto Reuters
LACAZETTE menambah luka Everton dengan jaring gol ketiga Gunners. -Foto Reuters

Kesempatan itu digunakan Arsenal untuk menambah jaringan menerusi Alexandre Lacazette pada minit ke-74.

Dua gol lewat permainan dijaringkan Aaron Ramsey dan Alexis Sanchez manakala Oumar Niasse menghadiahkan gol sagu hati buat Everton.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 23 Oktober 2017 @ 10:23 AM