MOHAMAD Norza (empat kanan) bersama Misbun (tiga kanan) ketika taklimat kepada pemain badminton perseorangan negara termasuk Chong Wei (kiri). FOTO Luqman Hakim Zubir
MOHAMAD Norza (empat kanan) bersama Misbun (tiga kanan) ketika taklimat kepada pemain badminton perseorangan negara termasuk Chong Wei (kiri). FOTO Luqman Hakim Zubir
Saiful Affendy Sapran


DATUK Misbun Sidek sudah bersedia berdepan cabaran besar menggalas tugas sebagai ketua jurulatih perseorangan lelaki badminton negara.

Misbun yang ditemui selepas melaporkan diri pada hari pertama di Akademi Badminton Malaysia (ABM) di Bukit Kiara, Kuala Lumpur, hari ini berkata, selain membantu jaguh perseorangan Datuk Lee Chong Wei, beliau juga mengakui berdepan cabaran untuk melatih barisan pemain perseorangan lain.

"Saya ini tidaklah berapa pandai sangat tetapi apabila diberi tanggungjawab ini, saya sudah tahu bebanannya cukup besar.

"Sudah tentu saya juga tidak dapat lari daripada tekanan. Apapun daripada dulu saya memang sukakan cabaran.

"Harap dengan pengalaman yang saya ada dapat membantu barisan pemain perseorangan lelaki negara selepas ini," katanya.

Sebelum itu Misbun tampil kali pertama bertemu barisan pemain perseorangan negara termasuk Chong Wei.

Turut hadir Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Datuk Seri Mohamad Zakaria.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 3 Julai 2017 @ 11:59 AM