Gambar hiasan
Gambar hiasan
Muhamad Shaifullah Tayep

KEMATIAN atau hilang keupayaan anggota badan adalah mimpi ngeri bagi setiap orang.

Bagi setiap pasangan, kematian atau hilang keupayaan boleh membawa kepada kebimbangan terhadap risiko kewangan seperti tiada tempat bergantung, perubahan kehidupan dan punca pendapatan terjejas sehingga tidak mampu memenuhi keperluan asas.

Sekiranya berlaku kematian atau kehilangan keupayaan, semua hutang tertunggak seperti pembiayaan perumahan, pinjaman kereta, hutang kad kredit dan liabiliti lain masih perlu diuruskan.

Kegagalan untuk menguruskan kewajipan kewangan ini boleh mengakibatkan tekanan tambahan dan kesan kewangan ketara bagi ahli keluarga yang masih hidup.

Justeru, ketua keluarga khususnya disarankan membuat persediaan awal dengan perancangan kewangan yang proaktif atau meninggalkan warisan terbaik buat keluarga seperti perlindungan takaful serta keperluan kecemasan bagi mengurangkan risiko kewangan.

Perlindungan takaful adalah salah satu warisan terbaik kerana ia menawarkan jaminan kewangan.

Ia dapat memberi ketenangan fikiran kepada waris untuk meneruskan kelangsungan kehidupan.

Pada masa sama, perlindungan takaful adalah berasaskan pematuhan kepada prinsip Islam mengenai keadilan dan bantuan bersama.

Sebagai ketua keluarga, menyediakan perlindungan takaful boleh dianggap sebagai menunaikan tanggungjawab bagi memastikan ahli keluarga dapat melangsungkan kehidupan dengan keperluan kewangan yang terjamin selepas ketiadaan beliau.

Seiring prinsip agama yang menitikberatkan penjagaan keluarga, menyediakan perlindungan takaful untuk diri sendiri atau ahli keluarga juga dilihat sebagai satu usaha yang amat digalakkan.

Menyediakan perlindungan takaful selari dengan tuntutan agama Islam atas beberapa faktor, antaranya mewujudkan rasa tanggungjawab selain memastikan keluarga terjamin dari segi kewangan sekiranya berlaku musibah atau keadaan yang tidak diduga.

Selain itu, ia juga membantu menampung perbelanjaan seperti bil perubatan, kos pengebumian dan perbelanjaan sara hidup, sekali gus meringankan beban kewangan ahli keluarga.

Dalam Islam, memenuhi keperluan orang yang menjadi tanggungannya dianggap sebagai kewajipan agama.

Mereka yang menjalankan tanggungjawab menyediakan perlindungan takaful bagi memastikan kesejahteraan dan keselamatan keluarga, pasti akan diberi ganjaran sebaiknya oleh Allah.

Justeru, sediakan keluarga anda perlindungan takaful dengan pelan warisan inovatif dan komprehensif, PruBSN WarisanGold di bawah pengendali perlindungan takaful keluarga terkemuka, Prudential BSN Takaful Berhad (PruBSN).

PruBSN WarisanGold membantu anda untuk mencapai ketenangan fikiran dengan memastikan mereka yang tersayang mampu meneruskan kehidupan tanpa perlu bimbang keadaan kewangan apabila perkara yang tidak dijangka.

Image

PruBSN WarisanGold menawarkan perlindungan hayat dan Hilang Upaya Kekal dan Menyeluruh (TPD) yang tinggi bermula daripada RM350,000 untuk dewasa dan RM250,000 untuk kanak-kanak serta mampu milik dengan sumbangan serendah RM50 bagi seorang kanak-kanak atau RM100 bagi seorang dewasa.

Dengan manfaat khas Protection Enhancer, perlindungan juga akan meningkat secara automatik seiring dengan umur sehingga 15 peratus.

Selain itu, PruBSN WarisanGold menyediakan perlindungan kematian akibat kemalangan sehingga 600 peratus daripada jumlah perlindungan asas serta bantuan kewangan segera seperti Manfaat Khairat dan Manfaat Badal Haji.

Perlindungan akan bersambung secara automatik sehingga umur 100 tahun.

Ia juga dilengkapi dengan manfaat khas Legasi Booster dan Legacy Bonus untuk meningkatkan nilai warisan.

PruBSN WarisanGold juga memberikan fleksibiliti yang tiada tandingan dengan pelbagai pilihan seperti lima tempoh perlindungan, empat tempoh pembayaran sumbangan, 10 dana pelaburan dan dua Pilihan Kebajikan.

Ia juga menawarkan 14 pilihan perlindungan tambahan bagi memenuhi pelbagai keperluan perlindungan pelanggan, seperti perlindungan Penyakit Kritikal, hilang upaya akibat kemalangan, penyelesaian hutang, Haji dan Umrah, perlindungan berterusan, derma berkala serta pelaburan.

Sedekah jariah adalah warisan yang amat berharga kepada keluarga kerana ia merupakan amalan yang terus berkekalan walaupun seseorang itu meninggal dunia.

PruBSN WarisanGold bukan saja menawarkan perlindungan warisan yang paling komprehensif untuk menjamin masa hadapan keluarga, tetapi juga menyediakan pilihan-pilihan untuk amal jariah dan menyumbang kembali kepada komuniti.

Image

PruBSN WarisanGold menawarkan pilihan kebajikan untuk menyumbangkan sebahagian manfaat kematian kepada organisasi kebajikan yang dilantik oleh PruBSN, seperti Sadaqah kepada PruBSN Prihatin dan/atau Wakaf kepada Yayasan Waqaf Malaysia.

Dengan ini, pelanggan boleh memberikan perhatian kepada komuniti yang kurang bernasib baik dan membuat perubahan dalam kehidupan mereka sambil meraih ganjaran yang berterusan sepanjang hayat.

Pelanggan juga boleh memilih untuk membuat sumbangan amal secara berkala melalui Ihsan rider, bagi membantu dan mengubah kehidupan golongan keluarga miskin tegar.

Wariskan ketenangan dan kepastian kepada keluarga dengan PruBSN WarisanGold bagi menjamin masa hadapan mereka.

Layari laman web PruBSN hari ini untuk maklumat lanjut mengenai PruBSN WarisanGold.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 29 Mac 2024 @ 12:21 PM