EISYA berkongsi tips  merias wajah dengan aura mawar.
EISYA berkongsi tips merias wajah dengan aura mawar.
PUPUR muka menggunakan pati mawar.
PUPUR muka menggunakan pati mawar.
SEGARKAN muka dengan pati mawar dan ais.
SEGARKAN muka dengan pati mawar dan ais.
Nurul Husna Mahmud


DALAM persiapan menyambut Aidilfitri, kebanyakan umat Islam di negara ini tertumpu kepada membeli pakaian baru, juadah dan hiasan.

Namun ramai yang kurang membuat persiapan terpenting iaitu merias wajah supaya tampil berseri ketika hari raya.

Wajah yang kusam dan tidak bermaya boleh menjejaskan ketrampilan ketika hari raya apatah lagi di musim perayaanlah aktiviti ziarah-menziarahi membuatkan kita bertemu ramai orang.

Dengan merias wajah, pertemuan dengan sanak saudara dan tetamu pastinya menjadi lebih bermakna dan meyakinkan.

Menurut seorang pengasas spa, Nur Khurshiah Khalib, merias wajah menerusi terapi pati dan air mawar antara penjagaan mudah serta berkesan.

"Amalan mandi bunga yang diamalkan orang dahulu untuk menjaga kecantikan kulit tubuh dan wajah masih relevan sehingga hari ini.

"Malah penggunaan pati atau air mawar untuk penjagaan wajah sudah diamalkan sejak dulu lagi.

"Antara kebaikan bunga mawar ialah mengandungi bahan semula jadi seperti flavonoid, vitamin B, vitamin C dan banyak lagi yang membantu mengurangkan masalah kulit terutama radang kulit," katanya.

TERAPI pati mawar yang baik untuk wajah.
TERAPI pati mawar yang baik untuk wajah.

Nur Khurshiah yang lebih mesra disapa Eisya berkata, pati mawar dihasilkan secara alami berkesan dalam merawat jerawat, kemerah-kemerahan pada kulit selain melambatkan proses penuaan kulit.

"Banyak kaedah untuk hasilkan pati dan air mawar. Saya lebih suka menggunakan kaedah penyulingan kerana cara itu dapat mengekalkan bahan baik dalam kandungan mawar selain mengekalkan aroma lebih baik.

"Pati ini boleh dipakai sebagai pelembap atau dicampur dengan bahan pupur (mask) untuk menyegarkan kulit.

"Saya juga selalu gunakan air bunga mawar sebagai 'prep' (mempersiapkan) wajah sebelum mengenakan solekan," katanya.

EISYA menunjukkan teknik betul dalam urutan muka atau kaedah cuci muka.
EISYA menunjukkan teknik betul dalam urutan muka atau kaedah cuci muka.

Malah katanya, air atau pati mawar juga boleh dijadikan pupur muka. Pupur wajah dibuat menggunakan tisu muka khas yang disembur dengan pati mawar dan dibiarkan semalaman dalam peti dingin sebelum diletakkan pada wajah.

"Mengenai terapi aura mawar untuk rawatan muka pula, saya gunakan kaedah kombinasi pati atau air mawar dengan produk muka atau muka sedia ada di spa.

"Dalam proses ini, permulaannya adalah perlu cuci muka dengan pencuci muka. Terdapat dua kali cucian muka.

"Tip penting ketika mencuci muka disarankan menggunakan air mineral kerana selain kaya dengan kandungan zat baik kulit, ia bebas daripada bahan kimia berat seperti merkuri san klorin," katanya.

MUKA perlu dicuci dua kali ketika rawatan merias wajah.
MUKA perlu dicuci dua kali ketika rawatan merias wajah.

Kata Eisya lagi, ketika mencuci muka hanya perlu urutan lembut dan urutan membulat atau dari bawah dagu naik ke atas supaya ia membantu meningkatkan aliran darah serta kitaran hormon baik.

"Satu lagi saya perasan, orang suka gosok muka dengan kuat sedangkan bahagian kulit di wajah lembut dan sensitif.

"Kalau gosok terlalu kuat boleh menyebabkan kulit tercalar atau luka. Itu akan menyebabkan kulit sensitif atau mengalami masalah termasuklah jerawat," katanya.

Selepas mencuci, rutin penjagaan muka adalah menggunakan lulur muka.

URUTAN wajah di titik yang boleh merangsang sistem limfa seperti di bawah dagu dan atas hidung.
URUTAN wajah di titik yang boleh merangsang sistem limfa seperti di bawah dagu dan atas hidung.

Lulur muka sering dipakai perunding kecantikan itu adalah daripada gula tebu dan dicampur bersama air mawar untuk hasil lebih baik.

"Saya menggunakan air mawar untuk bancuhan lulur muka. Hasil yang baik boleh lakukan urutan selama 10 minit untuk singkirkan noda hitam yang menutup pori kulit.

"Elak melulur atau gosok terlalu kuat kerana boleh menyebabkan lembapan kulit baik juga hilang," katanya.

Selepas mengenakan lulur, Eisya kemudian membilas rawatan lulur dengan tisu muka yang dibasahi air mawar atau air mineral.

BILASAN menggunakan air mineral lebih baik.
BILASAN menggunakan air mineral lebih baik.

"Selepas lulur, boleh lembapkan muka dengan pupur muka air mawar yang sudah disiapkan terlebih dahulu.

"Boleh juga mulakan urutan pada wajah bagi membantu esen pati mawar meresap dengan baik," katanya.

Urutan Eisya ketika melakukan rawatan merias wajah bukan hanya fokus terhadap muka, beliau juga mengurut bahagian bahu dan bahagian kepala bagi merangsang aliran pendarahan sistem limpatatik yang juga baik untuk hormon.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 5 April 2024 @ 6:20 AM