HOSPITAL kita bukan sahaja punyai tenaga kerja berkualiti, selesa malah caj berpatutan.
HOSPITAL kita bukan sahaja punyai tenaga kerja berkualiti, selesa malah caj berpatutan.
Hafiz Ithnin


BERHIJRAH kira-kira enam tahun ke negara asing bukan mudah bagi Fifi Anabell Adnan, 31, dan suaminya, Irwin Irwan A Aziz, 41, kerana dalam tempoh itu mereka berdepan pelbagai cabaran membesarkan anak sulungnya, Ian Luth Irwan yang kini berusia lima tahun.

"Setiap bulan sekurang-kurangnya sekali kami perlu membawa Ian ke hospital kerana dia mengalami alahan makanan yang teruk sejak berusia enam bulan.

"Kacang, susu, telur dan gandum adalah makanan boleh menyebabkan dia mengalami alahan yang teruk seperti muntah, kulit bengkak dan kegatalan. Ian juga sering mengalami sesak nafas akibat bronkitis," kata Fifi Anabell.

Selepas berkahwin pada 2013, Fifi Anabell mengikuti Irwin Irwan ke Dubai kerana suaminya mendapat tawaran pekerjaan sebagai pereka grafik di negara itu selama dua tahun.

FIFI berpuas hati dengan perkhidmatan hospital di Malaysia.
FIFI berpuas hati dengan perkhidmatan hospital di Malaysia.

Kemudian pada 2015 hingga 2016 mereka berhijrah ke Hong Kong dan selepas itu selama dua tahun tinggal di Singapura.

Akhirnya pada 2018, suaminya mengambil keputusan untuk pulang ke Malaysia walaupun sehingga kini perlu berulang-alik bekerja di Singapura.

GLENEAGLES Hospital Medini Johor menyediakan perkhidmatan berkualiti dan selesa kepada pesakit.
GLENEAGLES Hospital Medini Johor menyediakan perkhidmatan berkualiti dan selesa kepada pesakit.

Antara faktor yang membuatkan pasangan ini pulang ke Malaysia adalah kerana sistem rawatan, fasiliti dan keselesaan di Malaysia lebih baik.

Tambahan lagi mereka sekeluarga memiliki insuran, menjadikan kewangan bukan menjadi masalah utama untuk mendapatkan rawatan di negara sendiri.

Bagi Fifi Anabell, selain daripada perlu mengambil kira soal kos rawatan di negara asing yang agak tinggi, pelbagai cabaran lain perlu dilalui mereka berdua sebagai ibu bapa yang perlu memastikan anak sulungnya sentiasa sihat.

PENYEDIAAN makanan yang enak dan berkualiti untuk pesakit.
PENYEDIAAN makanan yang enak dan berkualiti untuk pesakit.

Menceritakan lagi pengalamannya di negara asing, Fifi berkata, ketika Ian disahkan mengalami alahan makanan yang teruk, hospital seperti rumah kedua mereka.

Terdapat juga pengalaman apabila Ian dimasukkan ke hospital untuk berkomunikasi dengan doktor atau kakitangan agak sukar kerana mereka tidak boleh berbahasa Inggeris.

"Jadi, agak sukar untuk kami mendapatkan penjelasan daripada doktor atau kakitangan perubatan mengenai keadaan Ian, pernah sekali kami menggunakan bahasa badan untuk berkomunikasi dengan kakitangan di sana" katanya tertawa kecil.

Tambahnya, makanan halal juga agak sukar untuk didapati terutama ketika Ian mendapat rawatan di sebuah hospital di Hong Kong walaupun dari segi rawatan mereka baik.

KAKITANGAN menyambut mesra kehadiran pengunjung.
KAKITANGAN menyambut mesra kehadiran pengunjung.

Fifi berkata, dia lega selepas pulang ke Malaysia kerana hospital di negara ini bukan sahaja mempunyai tenaga kerja perubatan yang berkualiti, malah perkhidmatannya tidak ubah seperti berada di sebuah hotel.

Katanya, Ian kini beransur pulih dan tidak sekerap ketika mereka berada di luar negara yang perlu ke hospital setiap bulan.

"Sebaik pulang ke Malaysia, kami membeli rumah di Nusajaya di Johor Bahru yang berhampiran dengan Singapura untuk memudahkan suami berulang-alik ke tempat kerja.

"Selain itu, Gleneagles Hospital Medini, Johor yang sering kami sekeluarga mendapatkan rawatan hanya terletak kurang 10 kilometer (km) dengan rumah," katanya.

Bagi Fifi, perkhidmatan hospital perlu mempunyai pelbagai kemudahan yang tidak hanya tertumpu kepada kualiti perubatan kepada pesakit sahaja kerana faktor keselesaan dan ketenangan kepada peneman seperti ibu bapa juga perlu diambil kira.

"Jika dahulu ketika di luar negara, aktiviti ketika menemani Ian hanya boleh bermain telefon kerana pusat beli-belah atau restoran agak jauh.

KEADAAN bilik yang selesa seperti hotel disediakan Gleneagles Hopital Medini Johor.
KEADAAN bilik yang selesa seperti hotel disediakan Gleneagles Hopital Medini Johor.

Kadang-kadang kita sebagai ibu bapa pun boleh merasa bosan apatah lagi budak kecil seperti Ian. Setiap minit Ian ajak pulang ke rumah kerana bosan.

"Sekarang, kalau Ian masuk ke hospital, walaupun sakit dia seronok kerana selepas dirawat kami boleh bawa dia ke pusat beli-belah untuk membeli permainan yang dekat sahaja dengan hospital.

"Percaya atau tidak, baru-baru ini Ian jatuh di taman permainan menyebabkan pergelangan tangan retak sedikit. Ian perlu duduk di hospital selama dua hari dan 'he loving it.' Dia suka duduk hospital," katanya yang kini baru melahirkan anak kedua berusia tiga bulan.

Menceritakan ketika melahirkan anak keduanya, Noa Ebra Irwin, dia dan suami memilih hospital yang sama mendapatkan rawatan.

"Ketika mengandungkan Ian, saya pernah juga bertanyakan harga untuk bersalin di Dubai. Bagi ekspeteriat yang bersalin secara normal, anggaran caj yang dikenakan adalah RM15,000 manakala bersalin secara caesarean, caj boleh mencecah sehingga RM50,000 (jika terdapat komplikasi).

"Tetapi, di sini caj untuk bersalin dengan prosedur sama tidak sampai RM15,000. Lebih tenang bukan sahaja dapat menikmati suasana seperti bercuti, tetapi kakitangan sentiasa senyum membuatkan saya lupa sakit untuk beranak!," katanya.

Fifi melihat, Malaysia sebenarnya mempunyai kualiti perubatan yang tidak boleh dinafikan kemampuannya.

"Malah, gabungan antara kualiti perubatan, keselesaan tidak terasa berada di hospital, harga yang jauh lebih berpatutan dan lebih penting kita mudah untuk berkomunikasi serta memahami kepercayaan dan budaya menjadikan saya lebih selesa mendapatkan rawatan keluarga di bumi sendiri," katanya mengakhiri perbualan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 14 Oktober 2020 @ 7:01 AM