DENNIS Michael.  FOTO Hazreen Mohamad
DENNIS Michael. FOTO Hazreen Mohamad
Lizam Ridzuan


Petaling Jaya: Next Bike Sdn Bhd (Ducati Malaysia) sebagai pengedar utama motosikal Ducati di negara ini menawarkan waranti kilang selama tiga tahun untuk barisan model motosikalnya dan Scrambler 2024 yang dibeli bermula 1 Mac lalu.

Ketua Pegawai Operasinya Dennis Michael berkata menerusi program 'Waranti Kilang Ever Red' adalah komitmen Ducati menyediakan sokongan dan kelegaan minda pembeli serta menetapkan laras baharu dalam industri jentera dua roda.

"Kami memastikan pelanggan menikmati pemilikan motosikal premium ini tanpa kebimbangan, selain menawarkan kelegaan minda ketika melakukan tunggangan sama ada harian atau pengembaraan jarak jauh," katanya.

Ciri-ciri utama waranti ini ialah selain manfaat terbaik, ia juga meliputi perjalanan tanpa had dan waranti motosikal selama tiga tahun dengan penggunaan eksklusif alat ganti tulen Ducati.

Untuk motosikal baharu Ducati sama ada daripada model Panigale V4S kepada ciri ikonik Scrambler Next-Gen ia bakal menerima kemudahan ini.

Selain itu untuk pemilikan lebih pantas Ducati Malaysia juga menyediakan pilihan pembiayaan eksklusif - Kredit Ducati Corse dengan Pelan pembiayaan ini menggabungkan

ciri-ciri yang menjadikan pemilikan Ducati lebih lancar:

Ia direka untuk motosikal Ducati dengan skim bayaran balik yang fleksibel, kelulusan pantas, kadar faedah serendah 4.88 peratus dan pilihan bayaran pendahuluan 10 paratus.

Buat masa ini antara model yang ditawarkan ialah Panigale, Monster,

Hypermotard, Multistrada, Streetfighter, DesertX, Diavel dan Scrambler.

Pusat Jualan, Servis dan Alat Ganti (3S) terbesar Ducati di Malaysia terletak di Naza Automall, Petaling Jaya selain cawangan pengedar yang terdapat di Kuala Lumpur, Sungai Buloh, Johor dan Pulau Pinang.

Untuk rekod Ducati Malaysia menyandang gelaran-gelaran terkemuka untuk Persidangan Pengedar Ducati selama tiga tahun berturut-turut sebagai Pasukan Pemasaran Terbaik APAC untuk tahun 2021, 2022 dan 2023, Pengedar Terbaik APAC (2023), Pasukan Khidmat Selepas Jualan Terbaik APAC (2021 dan 2022) serta Anugerah Pengedar Global (2022).

MOTOSIKAL Ducati. FOTO ihsan Ducati Malaysia
MOTOSIKAL Ducati. FOTO ihsan Ducati Malaysia

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 14 Mac 2024 @ 12:12 AM