EVEREST
EVEREST
Lizam Ridzuan


Sime Darby Auto ConneXion (SDAC) memperkenalkan dua model Ford Baharu ke dalam pasaran tempatan menerusi model Ford Ranger Platinum dan Everest WildTrak Edisi Khas.

  Malaysia adalah negara yang pertama di rantau ini yang menerima model trak pikap Ranger itu dikuasakan dengan enjin diesel 2.0L Bi Turbo yang ditawarkan dengan harga RM183,888 (atas jalan tanpa insurans).

  Untuk rekaan luaran ia didatangkan dengan rim aloi bersaiz 20 inci adalah yang pertama untuk model Ranger, lampu LED Matrix, gril rekaan baharu, sistem Flexible Rack dan rel bumbung Swing-in-Place.

  Ia juga dengan penutup kargo Power Roller Shutter yang boleh dibuka dan ditutup dengan kuasa elektrik untuk kemudahan storan kepada pemilik.

  Ruang kabin pula dengan kemasan kulit, kerusi hadapan dengan pengudaraan dan pemanas juga yang pertama kali dilengkapi untuk model ini.

RANGER
RANGER

  Ia juga dengan instrumen meter 12.4 inci dan sistem infotainmen bersaiz 12 inci dengan pembesar suara Bang & Olufsen.

  Sebuah lagi model yang dilancarkan ialah kenderaan utiliti sukan (SUV) Ford Everest WildTrak Edisi Khas yang tampil ciri premium sesuai untuk yang berkeluarga serta gemarkan gaya hidup aktif.

  Kenderaan pacuan 4 roda (4WD) ini yang berkongsi enjin yang sama dengan Ranger serta transmisi automatik 10 kelajuan dengan Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS) dan enam mod pemanduan iaitu Normal, Eco, Tunda/Tarik, Licin, Lumpur/Denai dan Pasir.

  Ia ditawarkan pada harga RM338,888 (atas jalan tanpa insurans) dengan tiga pilihan warna iaitu Kuning Luxe, Kelabu Meteor dan Hitam Absolute. 

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 10 November 2023 @ 4:08 PM