Lizam Ridzuan


KEHADIRAN 135 pemilik motosikal.
KEHADIRAN 135 pemilik motosikal.

SEMPENA tarikh 10 Oktober, Kelab LC 1010 Malaysia buat julung kalinya menganjurkan pertemuan membabitkan ahli kelab terdiri daripada pemilik Yamaha 135LC Fi.

Ia juga tampil unik kerana keahliannya dibuka untuk motosikal berwarna merah dan nombor pendaftaran 1010 sahaja.

Presiden Kelab LC 1010 Malaysia Datuk Jim Khor berkata, selain berkumpul, pertemuan itu turut mencatatkan sejarah dalam Malaysia Book of Records (MBOR).

"Kami berjaya mengumpulkan lebih 135 motosikal dalam acara ini yang tercatat dalam MBOR sebagai perkumpulan motosikal Yamaha 135LC Fi paling banyak dengan nombor pendaftaran yang sama iaitu 1010.

"Nombor 1010 dipilih kerana mengikut kepercayaan masyarakat Tionghoa, ia membawa maksud 'Perfect 10' iaitu kesinambungan kepada motosikal dan kelab ini yang menyasarkan kepada kebaikan serta kesempurnaan," katanya.

AHIRINE, selebriti yang hadir.
AHIRINE, selebriti yang hadir.

Turut hadir selebriti yang juga Dewi Yamaha, Ahirine Ahirudin yang turut memiliki sebuah motosikal dengan nombor pendaftaran 1010.

KONVOI dilepaskan jam 10.10 pagi.
KONVOI dilepaskan jam 10.10 pagi.

Ahli kelab turut berkonvoi tepat jam 10.10 pagi dari Sepang ke Putrajaya sebelum tamat di Nilai, Negeri Sembilan.

Kelab LC 1010 Malaysia terbuka kepada semua yang memiliki Yamaha 135LC Fi merah bernombor pendaftaran 1010.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 16 Oktober 2022 @ 7:00 AM