Lizam Ridzuan


SEBAGAI permulaan kempen #AtasiSegalanya untuk tahun 2020, sebanyak 500 botol minyak enjin Shell Advance AX7 akan diberikan secara percuma kepada pemilik motosikal di serata negara.

Ia bagi mengurangkan beban selepas ramai yang terjejas mata pencariannya ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Mulai 26 Jun hingga 11 Julai 2020, pengguna hanya perlu melayari https://www.shell.com.my/motorists/oils-lubricants/win-free-shell-advanc..., jawab soalan mudah dengan betul untuk satu pek Shell Advance separa sintetik satu liter secara percuma.

Minyak enjin ini juga dihasilkan khusus untuk meningkatkan ekonomi bahan api, mengurangkan kos penyelenggaraan dan memaksimumkan jarak perbatuan motosikal sehingga 36 kilometer (km) dengan setiap isian tangki penuh.

Selain itu melalui setiap pembelian pek satu liter Shell Advance AX7 dari bengkel yang mengambil bahagian akan dihadiahkan bandana yang bergaya secara percuma.

Melalui perkembangan lain selepas pembukaan semula bengkel-bengkel motosikal, Program Shell Advance Masterclass sedia untuk meningkat kemahiran lebih 2,000 mekanik motosikal dalam tahun 2020.

Memasuki tahun keempat penganjuran adalah inisiatif pembelajaran dan pensijilan unik yang terdiri daripada siri video dalam talian yang dihasilkan dengan kerjasama Jeff Oh, seorang mekanik pakar MotoGP untuk memberi bimbingan serta berkongsi pengetahuan dan panduan pakar mengenai cara penyenggaraan motosikal yang betul.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 7 Julai 2020 @ 10:22 AM