PELANCARAN Mercedes-Benz S 560 e serta pratonton model terbaru C 300 e dan EQC 400 di Bandar Malaysia, Jalan Lapangan Terbang Lama, Kuala Lumpur. FOTO Zulfadhli Zulkifli
PELANCARAN Mercedes-Benz S 560 e serta pratonton model terbaru C 300 e dan EQC 400 di Bandar Malaysia, Jalan Lapangan Terbang Lama, Kuala Lumpur. FOTO Zulfadhli Zulkifli
Lizam Ridzuan


MERCEDES-Benz Malaysia (MBM) melancarkan model baharu daripada Rangkaian EQ iaitu Mercedes-Benz S 560 e.

Model terbaharu daripada segmen kenderaan plug-in elektrik hibrid (PHEV) itu bukan saja menawarkan penggunaan bahan api lebih efisien malah kuasa yang dipertingkatkan dengan sokongan tenaga elektrik.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif MBM, Dr Claus Weidner berkata, EQ ialah jenama segmen baharu di bawah Mercedes-Benz untuk mobiliti berasaskan kenderaan elektrik.

“Kami melihat potensi dalam industri automotif di Malaysia yang kini sudah mula menerima kenderaan dalam segmen PHEV yang juga dilengkapi rekaan dan teknologi termaju serta prestasi dan pemanduan dinamik,” katanya ketika pelancaran pagi tadi.

Model S 650 e dijana enjin 3.0 liter V6 petrol dengan 367 kuasa kuda (HP) yang mampu bergerak sejauh 50 kilometer (km) menggunakan elektrik sepenuhnya dijual pada harga bermula RM658,888.

Selain pelancaran, turut diadakan pratonton dua model EQ terbaharu yang dijangka akan memasuki pasaran tempatan tidak lama lagi.

Model EQC 400 4Matic yang pertama kali dipertontonkan di rantau Asia Tenggara adalah model kenderaan utiliti sukan (SUV) janaan kuasa elektrik sepenuhnya mampu bergerak sehingga 450 km dengan sekali cas.

Juga C 300 e adalah model kemasukan untuk segmen EQ yang diimport sepenuhnya (CBU) dengan enjin 2.0 liter menjana 211 kuasa kuda dan tork 350 Nm yang mampu mencapai jarak perjalanan sejauh 50 km dengan kuasa elektrik.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 13 Jun 2019 @ 5:18 PM