Alias Abd Rani

Muar: "Sepatutnya hari ini adalah hari terindah buat saya, tapi kami 'disambut' dengan berita menyedihkan," kata Nurul Huda Mohamad, 29, adik kepada Allahyarham Muhamad Amir, 44, yang terbunuh dalam nahas dua helikopter di Lumut, Perak, hari ini.

Pengkhabaran duka itu hadir ketika anak bongsu daripada sembilan beradik sedang bekerja di Melaka sebelum menerima panggilan daripada ahli keluarganya memaklumkan kejadian itu.

Menceritakannya lebih lanjut, Nurul Huda berkata, dia sepatutnya gembira meraikan ulang tahun kelahirannya namun semuanya berubah menjadi kedukaan.

"Saya akui sukar menyembunyikan kesedihan atas berita pemergiaan abang. Kami sekeluarga masih terkejut dengan kejadian menimpanya," katanya ketika ditemui di rumah keluarganya di Felcra Bukit Kepong, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, ibu Allahyarham, Napsiah Ahmad berkata, dia sehingga kini masih tidak percaya yang anak keduanya itu sudah meninggalkan mereka sekeluarga.

Katanya, kali terakhir mereka bertemu ketika menyambut Aidilfitri bersama arwah sekeluarga di rumahnya sebelum berangkat pulang ke Perak.

"Ketika sedang mengemas rumah, telefon saya berdering dan dalam fikiran, saya tidak memikirkan apa-apa berita buruk berlaku.

"Sebaik menjawab panggilan, saya terus tersentak apabila dimaklumkan Muhamad Amir terbabit dalam kejadian itu (nahas helikopter).

"Saya waktu itu seolah-olah tidak percaya dan berharap dia selamat," katanya yang masih terkejut dengan berita pemergian anaknya," katanya.

Ketika ini, kesemua ahli keluarga termasuk lapan lagi adik beradik Allahyarham Muhamad Amir berkumpul di rumah ibu bapa mereka.

Suasana sedih menyelubungi rumah terbabit dengan sanak saudara serta warga Felcra Bukit Kepong tidak putus-putus menziarahi keluarga Allahyarham.

Komander Muhamad Amir yang juga Pegawai Memerintah Skuadron 502 Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) antara 10 kru disahkan meninggal dunia selepas dua helikopter milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bertembung dalam kejadian di Kem TLDM Lumut, Perak, hari ini.

Allahyarham mendirikan rumahtangga dengan Marliyati Basri dan dikurniakan tiga cahaya mata masing-masing berusia empat, 13 dan 16 tahun.

Difahamkan Allahyarham menyertai pasukan TLDM sebaik menamatkan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 1997.

Laman sosial 503 Squadron dihujani doa, ucapan takziah

Keluarga Komander Muhammad Firdaus mohon diberikan ruang bertenang

Senarai penuh mangsa nahas helikopter TLDM

Henti spekulasi nahas helikopter TLDM, serah pihak berkuasa siasat - Fadillah

'Saya tidak dengar bunyi letupan, tiada percikan api'

'Adik kemas rumah, memasak di pagi raya' - kenangan terakhir bersama Noor Rahiza

'Kawan ma cakap ma sudah tak ada'

'Saya buat pengecaman dua kali... Saya lihat wajah anak tenang seperti tidur'

TLDM dedah 10 nama mangsa nahas helikopter

'Abang hubungi ibu, ayah sebelum kejadian berlaku'

'Selepas ini mereka mungkin balik awal selalu' - Skuadron 503

Rakan menangis, sedih terima berita nahas helikopter

Anggota TLDM terbabit nahas helikopter beri bayangan Aidilfitri terakhir

Salah seorang mangsa suami sepupu Eyra Hazali

Bedah siasat di HRPB

Pusat Koordinasi Menyelamat Aeronautika Kuala Lumpur diaktifkan

TERKINI: Semua mangsa helikopter TLDM terhempas dibawa keluar

Helikopter TLDM terlibat dalam tiga kali raptai sebelum terhempas

Agong zahir takziah

Kementerian Pertahanan pertimbang semula penganjuran Sambutan Ulang Tahun TLDM

TLDM tubuh Lembaga Siasatan

Mangsa nahas helikopter TLDM dikenal pasti

2 helikopter dinaiki 10 kru

10 dilaporkan terkorban

Dua helikopter terhempas selepas berlanggar di udara

NURUL Huda bersama bapanya, Mohamad selepas dimaklumkan abangnya meninggal dunia dalam nahas helikopter TLDM. FOTO Alias Abd Rani
NURUL Huda bersama bapanya, Mohamad selepas dimaklumkan abangnya meninggal dunia dalam nahas helikopter TLDM. FOTO Alias Abd Rani

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 23 April 2024 @ 9:35 PM