GAMBAR kenangan Aidilfitri 2024 Allahyarham Noor Rahiza Anuar (dua, kanan)  bersama keluarga. Nor Rahiza adalah salah seorang anggota Tentera Laut Diraja Malaysia yang terkorban dalam nahas helikopter di Lumut pagi tadi. FOTO Bernama
GAMBAR kenangan Aidilfitri 2024 Allahyarham Noor Rahiza Anuar (dua, kanan) bersama keluarga. Nor Rahiza adalah salah seorang anggota Tentera Laut Diraja Malaysia yang terkorban dalam nahas helikopter di Lumut pagi tadi. FOTO Bernama
Noor Hidayah Tanzizi


Lumut: "Kawan ma (ibu) cakap ma sudah tak ada" itu kata remaja perempuan dalam nada suara menggeletar ketika mengambil adiknya di sebuah Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) di Teluk Muroh, di sini, hari ini.

Remaja itu adalah anak kepada Bintara Muda Noor Rahiza Anuar antara 10 anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dalam nahas dua helikopter yang bertembung dan terhempas di Pangkalan TLDM Lumut, di sini hari ini.

Menurut guru tadika itu yang dikenali sebagai Ila, pada mulanya mereka tidak mengetahui nahas berkenaan sebelum kakak kepada kanak-kanak perempuan, Nur Qistina Afiyah, 6, datang ke pusat asuhan itu, 10.30 pagi tadi.

"Selalu ibu bapa murid itu akan beritahu kalau nak ambil cuma kakak dia datang mengejut kata nak ambil Afiyah saja.

"Bila guru kelas tanya kenapa sebab tengok dia (kakak Afiyah) menggeletar, dia cakap 'tak tahu, dia kata kawan-kawan ma suruh ambil adik-adik sebab ma sudah tiada," katanya.

Katanya, mereka yang hairan dengan maksud 'ma sudah tiada' mahu menghubungi ibu kanak-kanak itu namun sebelum sempat menelefon wanita berkenaan, mereka melihat berita mengenai nahas terbabit di media sosial.

"Kanak-kanak itu berusia enam tahun dan bersekolah di sini sejak tahun lalu. Selalu arwah ibu dia akan hantar kadang-kadang abang, kakak dan bapa. Semalam baru jumpa arwah, tengok dia hantar anak bongsunya itu.

"Saya dan cikgu lain masih terkejut dan terbayang senyuman mak dia datang ambil anaknya," katanya.

Noor Rahiza antara 10 anggota dan pegawai TLDM yang terkorban dalam nahas berkenaan, hari ini.

Selain Noor Rahiza, mangsa yang turut terkorban dari HOM-AW139 dikenal pasti sebagai Kdr Muhammad Firdaus Ramli; Lt Kdr Wan Rezaudeen Kamal Wan Zainal Abidin; Lt Kdr Mohammad Amirulfaris Mohamad Marzukhi; PW II TLR (AQM) Muhammad Faisol Tamadun; PW II TNL Noorfarahimi Mohd Saedy dan LK I JJM Joanna Felicia anak Rohna.

Manakala mangsa dari pesawat Fennec dikenal pasti Kdr Muhamad Amir Mohamad; Lt T Sivasutan dan PW II TMK Mohd Shahrizan Mohd Termizi.

'Saya tidak dengar bunyi letupan, tiada percikan api'

'Saya buat pengecaman dua kali... Saya lihat wajah anak tenang seperti tidur'

TLDM dedah 10 nama mangsa nahas helikopter

'Abang hubungi ibu, ayah sebelum kejadian berlaku'

'Selepas ini mereka mungkin balik awal selalu' - Skuadron 503

Rakan menangis, sedih terima berita nahas helikopter

Anggota TLDM terbabit nahas helikopter beri bayangan Aidilfitri terakhir

Salah seorang mangsa suami sepupu Eyra Hazali

Bedah siasat di HRPB

Pusat Koordinasi Menyelamat Aeronautika Kuala Lumpur diaktifkan

TERKINI: Semua mangsa helikopter TLDM terhempas dibawa keluar

Helikopter TLDM terlibat dalam tiga kali raptai sebelum terhempas

Agong zahir takziah

Kementerian Pertahanan pertimbang semula penganjuran Sambutan Ulang Tahun TLDM

TLDM tubuh Lembaga Siasatan

Mangsa nahas helikopter TLDM dikenal pasti

2 helikopter dinaiki 10 kru

10 dilaporkan terkorban

Dua helikopter terhempas selepas berlanggar di udara

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 23 April 2024 @ 6:44 PM