Amizar, gambar fail. FOTO Bernama
Amizar, gambar fail. FOTO Bernama
Wartawan Harian Metro


Kuala Lumpur: Barisan Nasional (BN) mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Pelangai pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kali ini, dalam pertembungan tiga penjuru.

Setakat jam 8.10 malam, BN menerusi calonnya, Datuk Amizar Abu Adam memperoleh 7,324 undi, sekali gus menewaskan Perikatan Nasional (PN) yang diwakili Kasim Samat yang mendapat 4,375 undi manakala calon Bebas, Haslihelmy DM Zulhasli hanya 43 undi.

PRK Dun Pelangai ditetapkan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Seri Johari Harun pada 17 Ogos lalu.

Johari adalah antara 10 individu yang terkorban dalam nahas pesawat terhempas di Lebuhraya Guthrie berhampiran Bandar Elmina, Shah Alam.

Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), Johari berjaya memenangi kerusi Dun Pelangai dengan majoriti 4,048 undi, menewaskan calon Perikatan Nasional (PN), Kasim Samat.

Beliau memperoleh 7,308 undi berbanding 3,260 undi diterima lawannya itu, manakala dua lagi calon iaitu Ahmed Wafiuddin Shamsuri daripada Pakatan Harapan (2,031) dan Isa Ahmad daripada Pejuang (65 undi).

Laporan LangsungTerkini: Keputusan PRK Dun Pelangai

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 7 Oktober 2023 @ 8:36 PM