(Dari kiri) Awang  Asim bersama Dayang  Jebaidah, Dayang  Azizah, Dayang  Aishah dan Dayang  Kasum dari Papar,Sabah sedih menerima berita pemergian adik bongsu, Awang Askandar yang meninggal dunia ketika misi menawan puncak Everest. FOTO ihsan keluarga
(Dari kiri) Awang Asim bersama Dayang Jebaidah, Dayang Azizah, Dayang Aishah dan Dayang Kasum dari Papar,Sabah sedih menerima berita pemergian adik bongsu, Awang Askandar yang meninggal dunia ketika misi menawan puncak Everest. FOTO ihsan keluarga
Samadi Ahmad

Putrajaya: "Allahyarham pernah menyuarakan hasrat untuk berpencen awal dan tinggal menetap di Kampung Banoni, Papar, Sabah dan saya tidak menyangka apa yang disuarakan arwah itu satu petanda beliau akanpergi meninggalkan kami sekeluarga untuk selama-lamanya," kata Awang Asim Ampuan Yaacub, 57.

Awang Asim dari Papar yang juga pesara kakitangan awam adalah abang kepada Allahyaraham Awang Askandar, 56, pendaki Malaysia Everest 2023 (ME2023) yang meninggal dunia kelmarian pada ketinggian 8,000 meter dari aras laut ketika misi menawan puncak Everest.

Asim berkata, kali terakhir mereka bertemu pada Disember lalu ketika arwah pulang bercuti ke kampung bersama keluarga dan ada menyatakan hasrat untuk membina rumah dan terus tinggal di kampung.

Menurutnya, arwah ada menghubunginya pada 5 Mei lalu sebelum memulakan misi dan dari raut wajahnya arwah kelihatan tidak ceria.

"Saya beranggapan mungkin beliau dalam keadaan keletihan berdepan faktor cuaca sejuk.

"Arwah memohon kami semua mendoakan agar beliau berjaya dan selamat sepanjang menyertai misiitu.

"Pada 5.30 petang semalam isteri arwah yang tinggal di Alor Setar menghubungi saya memaklumkan berita pemergian arwah dan kami sekeluarga terkejut menerima berita sedih itu," katanya ketika dihubungi hari ini.

Awang yang juga Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kedah dilaporkan meninggal dunia pada10.30 pagi waktu Nepal (12.45 tengah hari waktu Malaysia) selepas terjatuh pada malam kelmarin kira-kira 20 minit dari puncak Everest.

Berita sedih itu dimaklumkan Ketua Misi ME2023 yang juga seorang pendaki, Azim Afif Ishak,35.

Katanya, jenazah kini berada di kem empat dan usaha membawa turun dijangka diadakan hari ini bergantung kepada cuaca.

Katanya,selepas terjatuh arwah masih dalam keadaan sedar dan dibawa ke kem empat diberikan rawatan dengan bantuan malim gunung.

Misi itu turut disertai dua pendaki lain iaitu orang kurang upaya (OKU) pendengaran, Muhammad Hawari Hashim, 33, yang berjaya sampai ke pucak sementara Tiong Ling Yang, 30, terpaksa menangguhkan misi bagi membantu menguruskan membawa turun jenazah ke kem dua.

Asim berkata, arwah teruja menyertai misi kali ini kerana beliau bersungguh-sungguh untuk melaksanakannya selepas tertangguh pada tahun lalu.

Katanya,arwah adalah anak bongsu dari tujuh beradik dan semasa hayatnya beliau sangataktif dalam aktiviti lasak dan pernah menyerti pasukan Tentera Udara Malaysia (TUDM) sehingga menamatkan tugas dan seterusnyamenyertai APM.

"Kami sekeluarga sudah berbincang untuk membawa pulang jenazah ke Sabah dan mengkebumikanya di kampung bagi menunaikanhasratnya untuk tinggal di tempatkelahiranya.

"Sepanjang kehidupan remaja, arwah tinggal merantau di seluruh kawasan dan tidak pernah melupakan tanggungjawab kepada adik beradikserta seorang yang sangat baik dan penyayang," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 20 Mei 2023 @ 12:06 PM