MUHYIDDIN keluar dari Ibu Pejabat SPRM malam tadi. FOTO MOHD FADLI HAMZAH
MUHYIDDIN keluar dari Ibu Pejabat SPRM malam tadi. FOTO MOHD FADLI HAMZAH
BERNAMA

Kuala Lumpur: Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan didakwa di Mahkamah Kuala Lumpur di sini hari ini berhubung projek Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa) dan isu berkaitan.

Muhyiddin bakal menghadapi pertuduhan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan Seksyen 4(1)b Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

Semalam, SPRM mengesahkan menahan Presiden Bersatu itu pada 1 tengah hari selepas hadir untuk dirakam percakapan bagi melengkapkan proses siasatan akhir di ibu pejabat suruhanjaya berkenaan di Putrajaya.

Muhyiddin kemudiannya dibebaskan dengan jaminan SPRM kira-kira 8.20 malam.

SPRM sebelum ini telah membekukan akaun parti Bersatu dan beberapa individu termasuk Ketua Penerangan parti itu Datuk Wan Saiful Wan Jan dan Timbalan Ketua Bahagian Bersatu Segambut Adam Radlan Adam Muhammad, didakwa di mahkamah berkaitan projek Jana Wibawa.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 10 Mac 2023 @ 8:05 AM