ANGGOTA Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) membawa mayat Siti Nur Athhiyya Soffea. FOTO ihsan JBPM
ANGGOTA Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) membawa mayat Siti Nur Athhiyya Soffea. FOTO ihsan JBPM
SITI Nur Athhiyya Soffea hilang sejak kelmarin.
SITI Nur Athhiyya Soffea hilang sejak kelmarin.
Asrol Awang


Kuantan: Kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun yang dilaporkan hilang di rumah rakit di Bukit Rangin di sini, kelmarin ditemukan lemas, pagi ini.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata mangsa, Siti Nur Athhiyya Soffea Muhammad Sukri ditemukan terapung oleh anggota bomba pada jam 11.35 pagi.

Katanya, mayat kanak-kanak itu ditemukan kira-kira 1.5 kilometer dari tempat kejadian.

"Pagi ini, operasi mencari dan menyelamat (SAR) masih diperluaskan kira-kira tiga kilometer dari tempat kejadian.

"Operasi itu turut membabitkan anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) JBPM," katanya.

Berdasarkan laporan, Siti Nur Athhiyya Soffea dilaporkan kali terakhir dilihat bapanya pada 11.15 malam kelmarin.

Ketika kejadian, Siti Nur Athhiyya Soffea memakai baju kurung merah di majlis itu.

Muhammad Sukri memiliki dua rumah rakit yang terletak di atas Sungai Bukit Rangin dan dihubungkan dengan jambatan kecil yang diperbuat daripada kayu.

Berikutan itu, SAR JBPM kerana kemungkinan kanak-kanak itu jatuh dalam sungai.

Berita berkaitan

'Ikut gerak hati saya, Tia masih hidup' [METROTV]

Pencarian Siti Nur Athhiyya Soffea diteruskan

Budak tiga tahun hilang semasa jamuan raya


Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 29 Mei 2022 @ 12:55 PM