ARNOLD Schwarzenegger. FOTO AFP
ARNOLD Schwarzenegger. FOTO AFP
Agensi

Washington: Selain terkenal di kaca televisyen dan layar perak, ada dalam kalangan selebriti luar negara yang meluaskan pengaruh mereka dengan 'terjun' ke bidang politik.

Pembabitan mereka bukan hanya diterima umum, malah diberi kepercayaan menyandang jawatan dalam pentadbiran kerajaan.

Berikut lapan selebriti di Amerika Syarikat yang pernah menjadi ahli politik:


1. George Murphy

George Murphy membuat kemunculan sulung menerusi filemnya pada 1934.

Seperti Ronald Reagan, Murphy juga seorang pelakon yang berkecimpung dalam bidang politik, malah pernah berkhidmat sebagai presiden Screen Actor's Guild pada pertengahan 1940-an.

Pada 1964, beliau menyandang jawatan Senator namun kalah dalam pemilihan semula pada 1970.


2. Ronald Reagan

Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) ke-40 ini adalah bintang pujaan di kaca televisyen dan layar perak.

Beliau pernah muncul dalam lebih daripada 50 filem, rancangan televisyen seperti General Electric Theatre dan Death Valley Days dan berkhidmat sebagai presiden Screen Actor's Guild.

Sebelum menjadi Presiden, Reagan pernah menyandang jawatan Gabenor California pada 1966.


Clint Eastwood. FOTO AFP
Clint Eastwood. FOTO AFP

3. Clint Eastwood

Tiada ahli politik selebriti lain 'melambangkan' politik bandar kecil lebih baik daripada Clint Eastwood.

Pengarah yang juga pemenang anugerah Oscar dan bintang filem Dirty Harry itu bertanding jawatan di di Carmel, California pada 1986.

Ia selepas lembaga perancang tempatan menggagalkan percubaannya untuk mengubah suai bangunan pejabat bersebelahan dengan restoran miliknya.

Tidak lama selepas menyandang jawatan, Eastwood memecat ahli lembaga perancang yang menolak cadangan projek pengubahsuaiannya sebelum itu.


4. Sonny Bono

Bekas suami pelakon dan penyanyi, Cher ini menceburi bidang politik selepas berdepan kerenah birokrasi kerajaan tempatan berhubung rumahnya dan sebuah restoran Itali miliknya.

Setahun sebelum pemilihannya sebagai Datuk Bandar Palm Springs, Califronia pada tahun 1988, penyanyi itu mendaftar untuk mengundi buat kali pertama dalam hidupnya.

Beliau kemudian berkhidmat selama dua penggal, sangat disenangi dan terkenal dengan jenakanya serta sinis dengan diri sendiri.

Bagaimanapun, beliau meninggal dunia pada 1998 selepas terlanggar pokok ketika bermain ski.


SONNY Bono. FOTO AFP
SONNY Bono. FOTO AFP

5. Jesse 'The Body' Ventura

Bekas ahli gusti profesional Ventura mengumumkan yang beliau bertanding jawatan gabenor pada 1998.

Beliau bertanding sebagai calon Parti Reformasi dan daripada situ, Ventura mendapat momentum.

Kejayaan diraih selepas menewaskan dua calon penting namun beliau hanya berkhidmat sebagai Gabenor Minnesota untuk satu penggal antara 1999 dan 2003.


6. Fred Thompson

Fred Thompson, seorang ahli politik dan selebriti. Beliau dianggap individu yang mempunyai kredibiliti sama ada di dalam filem dan ketika bergelar ahli politik.

Selepas membintangi filem dan mengecap populariti, Thompson bertanding untuk jawatan Senator dari Tennessee pada 1993 dan menjelajah di seluruh negeri dengan trak pikap yang dipajak.

Dia menang besar-besaran dan kekal menjawat jawatan itu sehingga 2003 sebelum mengakhiri kerjaya politiknya pada Januari 2008.


Ronald Reagan. FOTO AFP
Ronald Reagan. FOTO AFP

7. Arnold Schwarzenegger

Bintang Terminator, Arnold Schwarzenegger pernah berdepan gangguan seksual membabitkan beberapa wanita.

Namun ia tidak menghalang bekas ahli bina badan itu untuk berkecimpung dalam kancah politik.

Kemampuannya terbukti apabila pernah dilantik Gabenor California dan diberi kepercayaan menyandang jawatan itu sejak 2003 hingga 2011.


8. Al Franken

Al Franken, bekas bintang Saturday Night Live dan pengarang komik terlaris, bertanding dalam saingan sengit untuk pemilihan sebagai Senator dari Minnesota.

Beliau menentang penyandang Norm Coleman dari Minnesota.

Ia dikatakan saingan yang paling sengit dalam sejarah ketika Franken berusaha menampilkan dirinya sebagai ahli politik yang serius.

Ini kerana latar belakangnya yang asalnya pelakon dan langsung tiada pengalaman dalam bidang politik.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 2 Mei 2022 @ 6:30 AM