Suliati Asri


APPGALLERY adalah aplikasi terbaru HUAWEI yang diperkenalkan untuk semua perantinya. Menariknya, kebanyakan aplikasi yang sering digunakan di negara ini terdapat di AppGallery.

Mahu tahu kelebihannya? Tonton video perbandingan Google Play Store vs HUAWEI AppGallery.


Kini pengguna tidak perlu risau lagi kerana apa saja aplikasi dan perkhidmatan Google Play Store, AppGallery HUAWEI juga mempunyai aplikasi dan fungsi yang serupa.

Walaupun Google Play Store terkenal dengan aplikasi Gmail, menariknya mengenai aplikasi e-mel HUAWEI, ia boleh menyambungkan lebih daripada satu domain e-mel termasuk Gmail.

Ia secara tidak langsung memudahkan pengguna mengakses e-mel peribadi dan pejabat dengan satu aplikasi.


Fungsi lain yang popular pada Google dan sangat penting dalam kehidupan seharian pengguna di peranti mudah alih juga terdapat di AppGallery. Ia termasuklah:


  • HUAWEI Cloud iaitu pesaing kepada Google Drive yang menyediakan lebih penyimpanan sehingga 50GB percuma selama setahun berbanding Google yang hanya menyediakan storan 15GB percuma.


  • HUAWEI juga memperkenalkan fungsi HUAWEI Video dan HUAWEI Music untuk menyaingi Google Play Music dan aplikasi Google Movie & TV. HUAWEI Video memberikan akses Premium percuma selama tiga bulan.
  • HUAWEI juga memperkenalkan MeeTime. Menariknya, walaupun dalam keadaan pencahayaan rendah atau keadaan rangkaian yang lemah, HUAWEI MeeTime tetap memberikan prestasi audio dan resolusi video yang stabil dengan peranti HUAWEI lain.

    Pada masa yang sama, pengguna boleh berkongsi skrin dengan rakan bagi mendapatkan pandangan untuk membeli-belah atau membimbing ibu bapa menggunakan telefon mereka dengan menunjukkan langkah demi langkah. HUAWEI MeeTime juga membolehkan pengguna menikmati panggilan yang menarik, mesyuarat yang produktif dan pemandangan berlainan yang menyeronokkan.


  • Selain itu, banyak lagi kelebihan menggunakan HUAWEI AppGallery yang tidak dimiliki Google seperti aplikasi HUAWEI Theme atau Member Center untuk memenuhi semua keperluan pengguna.

    AppGallery HUAWEI dikenali secara berterusan memberikan faedah tanpa henti kepada pengguna seperti menawarkan pelbagai ganjaran dan faedah yang dapat ditebus dari AppGallery.


    Aplikasi dari seluruh dunia dapat diakses dibandingkan dengan Google di mana aplikasi di sesetengah rantau di kunci terutama permainan atas talian. Gamer juga kini dapat bermain permainan atas talian merentasi wilayah lain.

    Lebih mengujakan, HUAWEI AppGallery ini juga lebih selamat berbanding Google Play Store kerana ia dianugerahkan sijil keselamatan CC EAL 5+ terbaik dalam industri.


    HUAWEI juga memperkenalkan satu ciri baru iaitu Quick Apps yang terdapat di HUAWEI AppGallery yang membolehkan pengguna menggunakan mana-mana aplikasi di bahagian Quick Apps tanpa perlu memuat naik.

    Quick Apps ialah fungsi eksklusif yang dicipta HUAWEI di pasar aplikasi mereka, AppGallery.


    AppGallery ini juga berfungsi sama seperti aplikasi lain tetapi pengguna tidak perlu membuang masa dan data untuk memuat turun aplikasi kerana ia boleh berfungsi serta merta pada telefon pintar.

    Sebilangan besar aplikasi popular yang sering digunakan rakyat Malaysia kini terdapat di AppGallery.


    Dengan kepelbagaian aplikasi yang ditawarkan AppGallery, menggunakan peranti HUAWEI pastinya akan lebih menyeronokkan dan mudah.

    Beli produk terbaru (HUAWEI P40, HUAWEI MatePad Pro, HUAWEI Watch GT2e) di HUAWEI Online Store

    Untuk maklumat lanjut mengenai AppGallery, layari https://consumer.HUAWEI.com/en/mobileservices/appgallery/

  • Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 24 April 2020 @ 10:50 AM