Sulaiman angkat sumpah Ketua Menteri di hadpaan Mohd Ali tengah malam tadi. Foto Amir Mamat
Sulaiman angkat sumpah Ketua Menteri di hadpaan Mohd Ali tengah malam tadi. Foto Amir Mamat
Amir Mamat

Melaka: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lendu Datuk Seri Sulaiman Md Ali mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Melaka Ke-13 selepas Barisan Nasional (BN) berjaya membentuk kerajaan negeri, malam tadi.

Majlis angkat sumpah Ketua Menteri itu berlangsung di hadapan Yang di-Pertua Negeri Tun Mohd Ali Rustam di Pejabat Tuan Yang Terutama (TYT) pada 12.58 tengah malam.

Hadir sama Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong dan Pengerusi Lembaga Penasihat BN Datuk Seri Najib Razak.

Istiadat itu dilakukan secara tertutup.

Sulaiman, 55, sebelum ini dinamakan sebagai calon Ketua Menteri Melaka jika BN menang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Ini adalah kali kedua Sulaiman dilantik sebagai Ketua Menteri Melaka selepas pertama kali dilantik ke jawatan itu pada tahun lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 21 November 2021 @ 1:41 AM