FOTO HIASAN
FOTO HIASAN
Zuliaty Zulkiffli


BAGI mencegah penularan Covid-19, sebanyak 73 Taman Bimbingan Kanak-kanak (Tabika) dan Taman Asuhan Kanak-kanak (Taska) di bawah Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) di Kubang Pasu ditutup bermula hari ini.

Pengarah Kemas Kedah, Noor Azman Abd Rahman berkata, penutupan itu dilakukan berikutan kluster baru Sivagangga yang berlaku di daerah terbabit sekali gus langkah awal pencegahan penularan wabak berkenaan.

"Daripada jumlah itu, seramai 1,605 murid tabika dan 62 murid taska Kemas terbabit dengan penutupan ini.

"Semua premis akan ditutup selama 14 hari sehingga kami menerima arahan dan nasihat selanjutnya daripada Pejabat Kesihatan negeri," katanya.

Noor Azman berkata, pelajar yang hadir ke tabika dan taska pada hari ini dibenarkan pulang awal ke rumah masing-masing.

Katanya, selain itu, penutupan sementara itu dilakukan untuk membolehkan proses pembersihan dan nyah kuman dilakukan di semua tadika dan taska mengikut prosedur operasi standard (SOP)

"Antara tabika yang ditutup termasuk Tabika Kemas Kampung Natoi, Pekan Jitra, Kampung Bemban dan Kampung Tebing yang dikhuatiri mempunyai rekod kontak rapat dengan kluster Sivagangga.

"Kontak rapat itu membabitkan waris murid yang disaring berhubung kluster berkenaan iaitu dari sebuah kedai makan di Napoh dalam tempoh 13 Julai hingga 24 Julai lalu," katanya.

Katanya, Tabika Kemas Kampung Tebing terletak paling hampir dengan kedai makan terbabit iaitu hanya kira-kira 500 meter.

Semalam, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan terdapat kluster baru dikenal pasti di Kedah iaitu Kluster PUI Sivagangga, India.

Ia membabitkan seorang pemilik kedai nasi kandar dan empat kes positif dalam kluster terbabit ialah pekerja premis terbabit.

Premis itu sudah ditutup untuk menjalani proses pembersihan dan nyah kuman.

Berita berkaitan

Siapa yang singgah di kedai nasi kandar pekan Napoh, sila buat saringan Covid-19 [METROTV]

Lelaki 'gelang pink' dikompaun RM1,000

2 kluster baharu

  • Lagi berita berkaitan Covid-19


  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 29 Julai 2020 @ 5:59 PM