PROSES sanitasi dijalankan di Klinik Kesihatan Napoh yang menjadi pusat ujian saringan Covid-19. FOTO Bernama
PROSES sanitasi dijalankan di Klinik Kesihatan Napoh yang menjadi pusat ujian saringan Covid-19. FOTO Bernama
Nurul Hidayah Bahaudin


KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan tiada kes baharu dilaporkan membabitkan Kluster Sivagangga, hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, seramai 4,198 individu merangkumi saringan dari Kedah, Perlis dan Pulau Pinang sudah disaring bagi kluster berkenaan sehingga 12 tengah hari.

"Daripada jumlah itu, 43 kes dikesan positif Covid-19 dan 3,235 kes negatif, manakala 920 individu lagi masih menunggu keputusan.

"Saringan kontak rapat dan aktiviti pengesanan kes secara aktif masih diteruskan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, langkah-langkah pencegahan seperti proses nyah kuman dan nyah cemar dijalankan di kawasan yang dikenal pasti berkait rapat dengan kluster itu.

"Situasi terkini kluster (Sivagangga) ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa kepada orang ramai.

"Masyarakat diminta untuk menyemak terlebih dahulu kesahihan maklumat yang diterima sebelum mempercayai dan menyebarkan maklumat berkenaan," katanya.

Semalam, Kluster PUI Sivagangga merekodkan peningkatan kes sebanyak 12 kes positif yang disahkan KKM, menjadikan jumlah keseluruhan kes positif bagi kluster itu sebanyak 43 kes.

Berita berkaitan:

  • Dua sekolah di Sanglang diberi cuti khas seminggu
  • Kluster Sivagangga: 4 mukim dikenakan PKPD hingga 30 Ogos
  • Napoh sepi, penduduk bimbang [METROTV]
  • Rela PKPD asalkan Kedah bebas Covid-19
  • 2 keluarga pelanggan restoran Kluster Sivagangga
  • Kluster Sivagangga: Satu keluarga dijangkiti Covid-19?
  • Kes Covid-19 nasi kandar Napoh, 73 tadika, taska diarah tutup
  • Siapa yang singgah di kedai nasi kandar pekan Napoh, sila buat saringan Covid-19 [METROTV]
  • Lelaki 'gelang pink' dikompaun RM1,000
  • 2 kluster baharu
  • Lagi berita berkaitan Covid-19


  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 8 Ogos 2020 @ 6:00 PM