Syaherah Mustafa


JENAZAH kelapan mangsa Covid-19 selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rantau Panjang, di Rantau Panjang, 3.30 pagi hari ini.

Tinjauan NSTP di lokasi pengebumian mendapati sekitar 8 malam terdapat beberapa individu dipercayai mereka yang bertanggungjawab menguruskan tempat pengebumian, mula menggali kubur.

Pada 9.46 malam, kelihatan empat kenderaan polis termasuk pacuan empat roda serta kakitangan Jabatan Kesihatan sampai ke lokasi perkuburan.

Bagi memastikan keadaan selamat, polis beberapa kali memberi amaran kepada orang ramai melalui pembesar suara untuk tidak berkumpul di kawasan berdekatan susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.

Khalid berkongsi perkembangan berkaitan penahanan bekas setiausaha politiknya. FOTO Twitter Khalid Samad
Khalid berkongsi perkembangan berkaitan penahanan bekas setiausaha politiknya. FOTO Twitter Khalid Samad

Suasana di lokasi sunyi sepi untuk beberapa jam dengan hanya dipenuhi dengan lampu kenderaan polis termasuk terdapat tidak lebih 10 individu dipercayai ahli keluarga dan kenalan arwah yang memakai penutup mulut dan hidung dibenarkan berada di lokasi.

Tepat 11.06 malam, tibalah van jenazah membawa jenazah yang terus diparkir di dalam kawasan tanah perkuburan.

Orang ramai termasuk media tidak dibenarkan menghampiri kawasan perkuburan sehingga selesai pengebumian.

Kira-kira lima lelaki dipercayai kakitangan hospital selain orang awam, mendengar taklimat sebelum memakai peralatan perlindungan peribadi

Kemudian, pada 2.55 pagi, jenazah mula dikebumikan dan majlis pengebumian selesai 3.30 pagi tadi.

Menurut laman sosial Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), mangsa, Hassan Abd Wahab, 69, yang diklasifikasikan sebagai kluster tabligh dimasukkan ke Hospital Tumpat pada 16 Mac lalu setelah mengalami gejala sejak 12 Mac.

Mangsa kemudian dipindahkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu pada 18 Mac, setelah didapati keadaan kesihatannya merosot serta memerlukan bantuan alat pernafasan pada keesokan harinya.

Namun, dia disahkan meninggal dunia pada jam 4 petang, semalam.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 22 Mac 2020 @ 9:22 AM