ZII Jia memberi mata pertama untuk skuad negara. FOTO NSTP
ZII Jia memberi mata pertama untuk skuad negara. FOTO NSTP
Saiful Affendy Sapran


SKUAD badminton lelaki negara melakar sejarah mara ke pentas final Kejohanan Berpasukan Asia buat kali pertama selepas menewaskan Jepun 3-0, hari ini di Rizal Memorial Coliseum, Manila.

Pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia terus cemerlang apabila meraih mata pertama skuad negara dengan menewaskan Kanta Tsuneyama 21-11 8-21 21-11 dalam tempoh 52 minit.

Beregu utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik menyumbang mata kedua negara selepas tidak berdepan masalah menewaskan gandingan Jepun, Takuro Hoki-Yugo Kobayashi 21-18, 21-15.

Cheam June Wei memenuhi impian Malaysia untuk beraksi di pentas final selepas dia terpaksa bekerja keras menewaskan Kenta Nishimoto 21-19 3-21 21-12.

Skuad negara akan bertemu juara bertahan, Indonesia pada aksi final esok.

Sementara itu impian skuad badminton wanita negara untuk terus melakar sejarah di kejohanan itu tidak kesampaian apabila tumpas 0-3 di tangan penyandang juara Piala Uber, Jepun.

Skuad lelaki dan wanita negara sudah mengesahkan tempat automatik ke Piala Thomas di Aarhas, Denmark, Mei depan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 15 Februari 2020 @ 7:43 PM