GELAGAT YI YI. FOTO Hafiz Sohaimi
GELAGAT YI YI. FOTO Hafiz Sohaimi
Hairulazim Mahmud


YI YI bermaksud persahabatan adalah nama untuk anak panda gergasi kedua yang dilahirkan secara semula jadi di Malaysia.

Anak panda kedua dari pasangan panda Xing Xing dan Liang Liang itu lahirk pada 14 Januari 2018 jam 7.50 pagi dengan berat 150 gram.

Kelahiran itu menjadikan Malaysia negara pertama di dunia yang menerima kelahiran anak giant panda secara semula jadi dalam kurungan dan di luar musim mengawan iaitu setahun setengah selepas kelahiran anak pertama iaitu Nuan Nuan pada 18 Ogos 2015.

GELAGAT YI YI. FOTO Hafiz Sohaimi
GELAGAT YI YI. FOTO Hafiz Sohaimi

Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli Dr Xavier Jayakumar berkata, anak panda betina berkenaan mula dipamerkan kepada umum pada 26 Mei 2018 di Pusat Konservasi Panda Gergasi Zoo Negara.

“Kita akan menjaga anak panda ini selama empat tahun dengan yuran konservasi sebanyak AS$600,000 setahun untuk Yi Yi dan AS$1 juta setahun untuk panda dewasa,” katanya pada sidang media Majlis Penamaan Anak Giant Panda Kedua di Kuala Lumpur, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 1 Ogos 2019 @ 1:25 PM