ANGGOTA bomba mengeluarkan mangsa kemalangan membabitkan kereta Toyota Corona dan lori Scania di Kota Tinggi. FOTO Ihsan Bomba
ANGGOTA bomba mengeluarkan mangsa kemalangan membabitkan kereta Toyota Corona dan lori Scania di Kota Tinggi. FOTO Ihsan Bomba
KEADAAN lori Scania yang bertembung dengan kereta Toyota Corona di Kota Tinggi. FOTO Ihsan Bomba
KEADAAN lori Scania yang bertembung dengan kereta Toyota Corona di Kota Tinggi. FOTO Ihsan Bomba
Mohd Sabran Md Sani


DUA maut, manakala empat yang lain cedera dalam kemalangan membabitkan kereta dan lori di Jalan Mawai, Batu 6 di Kota Tinggi, petang hari ini.

Kejadian kira-kira 6 petang itu mengakibatkan pemandu kereta Toyota Corona, Ruslan, 35, dan anak tirinya, Puteri Soffieya Mohd Sukri, 8, maut di tempat kejadian.

Kemalangan itu turut mengakibatkan isteri mangsa, Norhamidah Abd Razak, 33, dan anak perempuannya, Puteri Arnita Ruslan, 2, serta pemandu lori mengalami kecederaan.

Pegawai Bomba Kanan II dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Tinggi, Mohd Rafi Mohd Nor berkata, sebuah jentera bersama 10 anggota dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan pada 6.14 petang.

“Berdasarkan maklumat, kemalangan membabitkan dua kenderaan iaitu lori Scania dan sebuah kereta Toyota Corona.

“Kedua kenderaan itu bertembung dan ada lima mangsa di dalam kereta dan seorang dalam lori terbabit,” katanya dalam kenyataannya, hari ini.

KEADAAN lori Scania yang bertembung dengan kereta Toyota Corona di Kota Tinggi. FOTO Ihsan Bomba
KEADAAN lori Scania yang bertembung dengan kereta Toyota Corona di Kota Tinggi. FOTO Ihsan Bomba

Katanya, pemandu lori mengalami luka kecil, manakala pemandu kereta yang tersepit disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan.

“Keempat penumpang kereta dibawa ke Hospital Kota Tinggi sebelum ketibaan pasukan bomba.

“Pasukan bomba mengambil masa tujuh minit untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit dan menyerahkan kepada polis untuk tindakan seterusnya,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 30 Mei 2019 @ 11:42 PM