LOKASI kejadian membabitkan pembunuhan wanita yang dipercayai dilakukan suaminya sendiri. FOTO Ihsan Polis
LOKASI kejadian membabitkan pembunuhan wanita yang dipercayai dilakukan suaminya sendiri. FOTO Ihsan Polis
Hadzlihady Hassan


WANITA maut dipercayai dibunuh suaminya selepas mereka bertengkar dalam kejadian di Lintang Delima 4, Island Glades, Jelutong, Georgetown, semalam.

Dalam kejadian 5 pagi itu, mangsa Chin Geok Hong, 60, warga tempatan yang memiliki taraf kerakyatan Amerika Syarikat meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Che Zaimaini Che Awang berkata, mangsa dan suaminya sebelum itu dikatakan bertengkar di rumah mereka, 2.30 pagi semalam.

“Adik mangsa memberitahu, ketika kejadian dia mendengar kakaknya menjerit.

“Oleh kerana bimbang keselamatan kakaknya, dia mengetuk pintu bilik itu yang kemudian dibuka abang iparnya.

“Bagaimanapun, abang iparnya memberitahu isterinya itu menjerit kerana dia kurang sihat,” katanya.

Che Zaimani berkata, mangsa dipercayai membunuh isterinya dengan mencekup kedua-dua tangan ke muka wanita terbabit hingga menyebabkan dia sukar bernafas.

“Suspek yang membawa mangsa ke hospital pada mulanya enggan membenarkan doktor membuat bedah siasat terhadap mayat isterinya itu.

“Bagaimanapun, atas desakan keluarga mangsa, doktor melakukan bedah siasat dan mendapati mangsa meninggal dunia akibat sukar bernafas dan juga serangan jantung,” katanya.

POLIS forensik menjalankan siasatan di rumah mangsa. FOTO Ihsan Polis
POLIS forensik menjalankan siasatan di rumah mangsa. FOTO Ihsan Polis

Menurutnya, polis kemudian menahan suami mangsa berusia 62 tahun yang juga rakyat tempatan dan memiliki taraf kerakyatan Amerika Syarikat bagi membantu siasatan.

“Hasil pemeriksaan lanjut, kami menemui kesan calar di kedua-dua tangan suspek, tetapi dia memberitahu kesan terbabit disebabkan kerana mengangkat besi di gim.

“Suspek ditahan 6 petang tadi (semalam) dan akan direman esok (hari ini) bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Katanya, pasangan berkenaan bali ke negara ini bagi menyambut Tahun Baru Cina pada 19 Januari lalu dan sepatutnya pulang ke Amerika Syarikat hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 20 Mac 2019 @ 12:50 AM