Mona (tengah) pada majlis perkahwinannya dengan Pekin. FOTO IG
Mona (tengah) pada majlis perkahwinannya dengan Pekin. FOTO IG
Najiy Jefri


PELAKON Amyza Adnan mengucapkan tahniah kepada pasangan selebriti Pekin Ibrahim dan Mona Allen yang dikhabarkan mendirikan rumah tangga hari ini.

Amyza menerusi akaun Instagram berkata, dia turut mendoakan agar perkahwinan mereka berkekalan hingga ke akhir hayat.

"Selamat pengantin baru Mona Allen dan suami Pekin Ibrahim.

"Semoga bahagia berkekalan hingga ke Jannah," tulisnya di Instagram.

Sementara itu, usaha Harian Metro untuk menghubungi Pekin dan Mona menerusi telefon bimbitnya dan aplikasi WhatsApp tidak berjaya apabila mereka tidak menjawab dan membalas mesej berkenaan.

Terdahulu tersebar gambar perkahwinan mereka dalam kalangan artis yang menghadiri majlis berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 7 Disember 2018 @ 6:02 PM