LAPORAN portal berita Harian Metro, sebelum ini.
LAPORAN portal berita Harian Metro, sebelum ini.
Mohd Azam Shah Yaacob


LELAKI dikenali sebagai 'Boy Tiger' yang diburu polis kerana disyaki mendera anak tirinya sampai mati akhirnya ditahan, hari ini.

Suspek, 31, ditahan jam 9.30 pagi tadi ketika menghantar isterinya yang juga ibu kandung mangsa berusia 20 tahun ke Hospital Kajang untuk melahirkan bayi.

Lelaki terbabit dan isterinya sebelum ini diburu polis susulan kematian kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun yang dipukul teruk sebelum dihantar suspek ke Hospital Ampang, Khamis lalu.

Mangsa, Muhammad Khairil Akmal Abdul Rahman bagaimanapun meninggal dunia selepas 30 minit menerima rawatan.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat ketika dihubungi mengesahkan tangkapan suspek.

Berita berkaitan:

  • Nenek mangsa dera bimbang
  • 'Dia tak akan lari jauh'
  • [UPDATE] Polis cari 'Boy Tiger,' isteri
  • Budak maut didera
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 12 November 2018 @ 1:13 PM