PENDUDUK membawa jenazah pemuda yang terkorban dalam serangan udara Zionis. FOTO/AFP
PENDUDUK membawa jenazah pemuda yang terkorban dalam serangan udara Zionis. FOTO/AFP
Mohd Firdaus Ibrahim


KUALA LUMPUR: “Sebanyak 20 dron dan enam jet pejuang F-16 digunakan tentera rejim Israel untuk mengebom Gaza.

“Serangan berlarutan tujuh jam itu mungkin mencetuskan peperangan baru,” kata Penyelaras Media Aman Palestin di Gaza, Hamza Deirawi.

 PENDUDUK dan sahabat  Naji Ahmed al-Za’anin sebak di pengebumiannya.
PENDUDUK dan sahabat Naji Ahmed al-Za’anin sebak di pengebumiannya.

Berkongsi perkembangan ketegangan terkini di Palestin, Hamza berkata, serangan udara bermula jam 5 pagi itu membabitkan 24 lokasi.

Katanya, antara sasaran pengeboman adalah di Beit Lahya di utara Gaza (3 lokasi), Zaitoun di timur Gaza City (3 lokasi), Gaza City (6 lokasi), Khan Younis di Selatan Gaza (8 lokasi) dan Rafah (4 lokasi).

g BANDAR GAZA 17 OKTOBER 2018. Serangan terkini di Gaza. NSTP/EMEL
g BANDAR GAZA 17 OKTOBER 2018. Serangan terkini di Gaza. NSTP/EMEL

“Setakat jam 12 tengah hari ini (semalam) (jam 6 petang waktu Malaysia), belum ada tanda-tanda serangan akan dihentikan, masih ada pesawat pejuang berlegar di udara.

“Sepanjang tujuh jam serangan udara seorang pemuda disahkan maut manakala sembilan yang lain termasuk kanak-kanak dilaporkan cedera.

“Antara yang menjadi mangsa adalah sekumpulan kanak-kanak sedang dalam perjalanan ke sekolah, mangsa yang cedera kini dirawat di Hospital Al-Aqsa Martyr. Ini bukti kekejaman kerajaan haram Israel,” katanya.

  PENDUDUK dan sahabat  Naji Ahmed al-Za’anin sebak di pengebumiannya.
PENDUDUK dan sahabat Naji Ahmed al-Za’anin sebak di pengebumiannya.

Menurutnya, korban keganasan terbaru tentera rejim Israel itu disahkan sebagai Naji Ahmed al-Za’anin, 25.

“Israel mendakwa pengeboman itu adalah tindak balas serangan peluru berpandu dilepaskan dari wilayah Gaza ke kawasan jajahan Israel yang menyebabkan kerosakan sebuah rumah.

“Tapi semua itu adalah alasan bagi menghalalkan serangan udara yang mereka lancarkan. Kami akan memantau keadaan semasa seperti kemusnahan jumlah korban dan kecederaan sebelum menggerakkan bantuan,” katanya.

 PENDUDUK dan sahabat  Naji Ahmed al-Za’anin sebak di pengebumiannya.
PENDUDUK dan sahabat Naji Ahmed al-Za’anin sebak di pengebumiannya.

Menurutnya, ubat-ubatan amat diperlukan di Gaza, berikutan bekalannya amat terhad.

Berikutan itu Hamza, meminta rakyat Malaysia menghulurkan sumbangan bagi meringankan beban mangsa keganasan tentera rejim Israel.

  PENDUDUK dan sahabat  Naji Ahmed al-Za’anin sebak di pengebumiannya.
PENDUDUK dan sahabat Naji Ahmed al-Za’anin sebak di pengebumiannya.

Dalam perkembangan sama, Hamza berkata, tentera rejim Israel terus mengetatkan kawalan di sepanjang sempadan yang memisahkan Gaza dan negara haram berkenaan.

“Nelayan juga terus ditekan, sekarang tentera laut Israel hanya membenarkan mereka menangkap ikan pada jarak tiga batu nautika saja berbanding enam batu nautika sebelum ini,” katanya.

RAKYAT Gaza yang cedera dalam serangan oleh tentera Israel. FOTO/EMAIL
RAKYAT Gaza yang cedera dalam serangan oleh tentera Israel. FOTO/EMAIL

ANTARA kerosakan di Gaza. FOTO/AFP
ANTARA kerosakan di Gaza. FOTO/AFP

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 18 Oktober 2018 @ 10:14 AM