PUTIN berehat dalam pesawatnya ketika  melawat pangkalan udara Hmeymim di Syria pada Disember 2017. FOTO Reuters
PUTIN berehat dalam pesawatnya ketika melawat pangkalan udara Hmeymim di Syria pada Disember 2017. FOTO Reuters
Daily Mail

Helsinki: Daripada tandas bersalut emas hingga katil bersaiz king dan gimnasium, ia sudah cukup menggambarkan kemewahan yang ada pada pesawat rasmi yang membawa Presiden Russia, Vladimir Putin.

Pesawat mewah bernilai AS$500 juta (RM2 bilion) itu mendarat di ibu negara Finland, Helsinki baru-baru ini dalam satu pertemuan bersejarah dengan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump yang tiba dengan pesawat Air Force One bernilai AS$1 bilion (RM4.06 bilion).

Putin melakukan perjalanannya ke Helsinki dengan penuh bergaya apabila perabot dan kemasan dalaman pesawat terbabit dihiasi dengan rekaan klasik selain dilengkapi ruang pejabat yang luas.

Hampir semua kelengkapan yang disediakan di dalam pesawat terbabit dihiasi dengan emas yang sememangnya menjadi simbol kepada kemewahan.

Ia termasuk sebuah meja persidangan bersaiz besar yang turut bertatah emas sambil dikelilingi dengan kerusi kulit berwarna krim.

BILIK mesyuarat  dilengkapi dengan meja yang dihiasi dengan emas. FOTO EuroPics CEN
BILIK mesyuarat dilengkapi dengan meja yang dihiasi dengan emas. FOTO EuroPics CEN

Pesawat jarak jauh yang membawa individu berpengaruh di dunia itu amat mudah dibezakan dengan model penumpang apabila ia mempunyai saiz badan yang lebih lebar dan fiuslaj lebih panjang.

Keadaan luarannya mempunyai saiz yang lebih kurang sama dengan model biasa, namun kabinnya mempunyai hiasan dalaman mewah dengan permaidani dan emas.

Pesawat model IL-96-300PU itu dibina oleh syarikat penerbangan Voronezh dan ia juga mempunyai lapisan khas yang menyebabkan ia tidak dapat dikesan dengan jelas menerusi radar.

Kerajaan Russia juga berupaya mengawal dan memberi arahan kepada tenteranya dari ruang udara kerana pesawat itu dilengkapi dengan sistem komunikasi yang canggih dan boleh bertindak sebagai pusat pengurusan ketika berlaku sebarang konflik di luar jangkaan.

Md Rawi menyusun bahan makanan untuk diagihkan kepada anggota komuniti yang terkesan akibat pandemik COVID-19 di Dewan JAPERUN Tanjung Bidara, Masjid Tanah. FOTO Hassan Omar
Md Rawi menyusun bahan makanan untuk diagihkan kepada anggota komuniti yang terkesan akibat pandemik COVID-19 di Dewan JAPERUN Tanjung Bidara, Masjid Tanah. FOTO Hassan Omar

Putin mempunyai empat lagi pesawat persendirian yang serupa dan bersedia untuk berlepas sebaik maklumat penerbangan antarabangsa menjadi umum, manakala tiga daripada pesawat itu bertindak sebagai pengiring.

Pesawat mana yang bakal dinaiki oleh Putin tidak didedahkan sehingga ia berlepas dan selepas pilihan dibuat, satu atau ketiga-tiga pesawat lain akan mengiringinya untuk mengelirukan musuh.

Putin juga boleh memanggil jet pejuang dari mana-mana pangkalan tentera udara Russia untuk menangkis serangan terhadap pesawat berkenaan.

Pesawat itu sebelum ini menjadi rahsia tetapi beberapa gambar yang menunjukkan bahagian dalam kapal terbang itu bocor di internet beberapa tahun lalu hingga menyebabkan rakyat Russia berang.

BILIK tidur dengan katil bersaiz king yang luas. FOTO EuroPics CEN
BILIK tidur dengan katil bersaiz king yang luas. FOTO EuroPics CEN

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 22 Julai 2018 @ 3:48 AM