PERTAHANAN Juventus, Medhi Benatia (kanan) meraikan kejayaan menjaringkan gol  bersama rakan sepasukan.
PERTAHANAN Juventus, Medhi Benatia (kanan) meraikan kejayaan menjaringkan gol bersama rakan sepasukan.
PEMAIN Juventus menjulang Massimiliano Allegri selepas memenangi trofi Piala Itali, awal pagi semalam.
PEMAIN Juventus menjulang Massimiliano Allegri selepas memenangi trofi Piala Itali, awal pagi semalam.
Reuters

Rome: Juventus menjulang trofi Piala Itali buat tahun keempat berturut-turut selepas membenam AC Milan 4-0 dengan keempat-empat gol diledakkan pada babak kedua, awal pagi semalam.

Pertahanan tengah, Medhi Benatia menjaringkan dua gol ketika Douglas Costa turut meletakkan namanya selaku penjaring pada malam yang jelas mengecewakan buat penjaga gol Milan, Gianluigi Donnarumma.

Perlawanan itu pasti sesuatu yang ingin dilupakan penjaga gol muda Itali itu kerana dia menjadi punca kepada gol kedua dan ketiga Juventus berikutan kesilapan yang dilakukannya.

Selepas Benatia membuka tirai jaringan pada minit ke-56 diikuti jaringan Costa pada minit ke-61, gol ketiga Juve diledakkan pada minit ke-64 sebelum pemain gantian Milan, Nikola Kalinic menjaringkan gol ke gawang sendiri.

Persembahan yang ditampilkan Milan jelas mencetuskan berang pengurus, Gennaro Gattuso.

Juventus ketika ini hampir pasti mengesahkan kejuaraan Serie A untuk melengkapkan kejuaraan berganda buat musim keempat berturut-turut.

Kelab gergasi Turin itu memiliki kelebihan enam mata di atas pasukan tangga kedua, Napoli berbaki dua perlawanan musim ini dan memiliki kelebihan jumlah jaringan yang besar iaitu 16.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 11 Mei 2018 @ 8:49 AM