Norman mendoakan anaknya Danish berjaya pada peperiksaan akhir hafazan di Turki. FOTO ADI SAFRI/NURUL SYAZANA ROSE RAZMAN.
Norman mendoakan anaknya Danish berjaya pada peperiksaan akhir hafazan di Turki. FOTO ADI SAFRI/NURUL SYAZANA ROSE RAZMAN.
Norman tidak menahan dirinya daripada menangis. FOTO Instagram NORMAN HAKIM
Norman tidak menahan dirinya daripada menangis. FOTO Instagram NORMAN HAKIM
Sudirman Mohd Tahir


PELAKON Norman Hakim berderai air mata apabila terpaksa melepaskan anak sulungnya, Mohamad Danish Hakim, 15, bagi menduduki peperiksaan akhir hafazan di Turki sehingga sambutan Aidiladha ini.

Norman mendoakan anaknya Danish berjaya pada peperiksaan akhir hafazan di Turki. FOTO ADI SAFRI/NURUL SYAZANA ROSE RAZMAN.
Norman mendoakan anaknya Danish berjaya pada peperiksaan akhir hafazan di Turki. FOTO ADI SAFRI/NURUL SYAZANA ROSE RAZMAN.

Norman atau nama sebenarnya Mohamed Norhakim Zaidon, 42, berkata Danish berada dalam kalangan 10 pelajar yang terpilih melanjutkan pengajian di Mekke Kuran Kursu, Isparta dan bertolak ke negara itu semalam.

Menerusi laman Instagram pelakon drama Gerak Khas itu, Norman dilihat tidak dapat menahan dirinya daripada menangis sambil memeluk Danish.

“Selama bertahun saya yang selalu pujuk dia. Dari saat dia masuk asrama untuk memulakan pengajian hafazan, setiap kali hantar balik asrama bila dia sedih, bahu saya tempat dia bersandar untuk luahkan rasa dan air mata.

“Tetapi hari ini dalam sejarah, semuanya jadi terbalik. Saya yang longlai pada bahu dia. Bertan tan air mata jatuh sampai basah baju dia.

“Emosi saya berbolak balik terutama sejak seminggu sebelum sehingga hari ini. Hari hadi hening, cuaca terik pun jadi bening,” tulisnya.

Norman yang juga bekas suami pelakon, Abby Abadi akui dia tidak ‘sekuat’ anaknya.

“Baru saya sedar, dia lagi ‘kuat’ dari saya. Dia sudah bersedia menakluk akhirat di dunia yang sementara.

“Fizikal mungkin sama tetapi jiwa dan mental dia lagi kental berganda sebab kelebihan dia Al-Quran sudah ada dalam dada. Dia sudah tidak takut apa kecuali Allah Yang Maha Esa,” katanya.

Norman juga mendoakan semoga perjuangan anaknya dipermudahkan dan di bawah lindungan Allah.

“Selamat berjuang anakku sayang. Doa papa hak abang untuk menakluk akhirat di dunia.

“Sementara menunggu doa abang untuk hak papa pula antara tiga perkara untuk bantu papa di barzakh walaupun tidak tahu bila, tapi pasti akan tiba,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 2 Februari 2018 @ 5:16 PM