Joe. FOTO Aziah Azmee
Joe. FOTO Aziah Azmee
Syafil Syazwan Jefri


Gitaris legenda yang juga anggota kumpulan Prime Domestic, Joe, nafi sabotaj yang dilakukan oleh pihak tertentu terhadap Konsert Public Distortion memberikan kesan kepada persediaan konsert itu.

“Insiden itu tak memberikan apa-apa kesan negatif terhadap persiapan dan sambutan kepada Public Distortion. Bahkan, semakin ramai yang membeli tiket dan ingin menonton.

“Saya tak ada masa nak fikir pasal sabotaj dan sebagainya kerana lebih banyak menumpukan kepada persiapan. Lagi pula, bukan ‘standard’ saya untuk bertelingkah mengenai hal sebegini,” katanya kepada Harian Metro.

Joe atau nama sebenarnya Abdul Zamin Abdul Kadir berkata, dia sebagai seorang daripada penganjur berhak untuk memilih mana-mana artis bagi menjayakan konsert terbabit.

“Saya sebagai salah seorang penganjur berhak untuk melakukan apa yang kami suka dan bawa mana-mana band untuk membuat persembahan.

“Jadi, rasanya tak matang kalau ada pihak yang mensabotaj, ingin memboikot dan mengeruhkan keadaan,” katanya.

Isu sabotaj itu bermula di media sosial apabila ada pihak tidak bertanggungjawab memuat naik status serta video berbaur fitnah, sekali gus mengaibkan kumpulan yang terlibat iaitu Prime Domestic serta XPDC.

Konsert Public Distortion yang akan berlangsung Sabtu ini menampilkan dua kumpulan rock hebat tanah air dan akan berlangsung di Oasis Damansara.

Berita berkaitan:

XPDC kena sabotaj lagi

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 5 Disember 2017 @ 9:28 PM