ANGGOTA APM membantu mangsa yang mengalami ‘hyperthermia’. IHSAN APM
ANGGOTA APM membantu mangsa yang mengalami ‘hyperthermia’. IHSAN APM
Norasikin Daineh dan Recqueal Raimi


PETUGAS Persatuan Radio Amatur Sabah (SARS) mengalami ‘hyperthermia’ sebelum tiba ke Laban Ratan, Kundasang, Ranau, pada Sabtu.

Lelaki 30-an itu mengalami ‘hyperthermia’ atau kenaikan suhu badan dari paras normal pada kira-kira 3 petang.

Ketika itu dia sedang melakukan pendakian ke Laban Rata untuk persediaan Kejohanan Climbathon Antarabangsa Gunung Kinabalu ke-30.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah, Mejar Erwin Kinsui, berkata kejadian pada ketinggian 250 meter dari paras bawah Gunung Kinabalu sebelum tiba ke Laban Rata.

"Anggota APM membantu mengangkat mangsa sehingga ke Laban Rata.

“Sebaik tiba, anggota APM membantu menstabilkan dan menenangkan mangsa supaya suhu badannya turun," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Erwin berkata, mangsa kini stabil namun masih lagi dalam keadaan berehat.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 14 Oktober 2017 @ 10:39 PM