Azman Indan, 40, bapa kepada Muhammad Ashraff, 11, yang terselamat daripada tragedi kebakaran.
Azman Indan, 40, bapa kepada Muhammad Ashraff, 11, yang terselamat daripada tragedi kebakaran.
Suraya RoslanMuhammad Saufi Hassan dan Hafidzul Hilmi Mohd Noor dan Asrizal Asri


Kuala Lumpur: "Sejak dua hari lalu memang hati saya rasa tak sedap, macam ada sesuatu nak berlaku dan saya ambil keputusan untuk melawat anak setiap hari.

"Semalam, saya datang ke tahfiz (Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah) untuk melihat anak, saya tengok anak ada ruam di tangan dan ambil keputusan untuk bawa pulang."

Itu luahan Azman Indan, 40, bapa kepada Muhammad Ashraff, 11, yang terselamat daripada tragedi kebakaran di pusat tahfiz berkenaan pagi tadi.

Azman berkata, selepas melihat ruam di tangan anaknya, dia pergi berjumpa dengan warden iaitu Allahyarham Ustaz Yusof dan membenarkan anaknya pulang untuk mendapat rawatan.

"Saya hanya menyedari kejadian pagi tadi apabila ada ibu bapa yang menghantar mesej di WhatsApp.

"Kemudian, saya bergegas ke pusat tahfiz dan mendapati api sedang marak. Mujur juga hati saya terdetik untuk menjenguk anak sejak dua hari ini," katanya.

Menurutnya, anaknya itu mula belajar di pusat tahfiz itu sejak 1 Julai lalu dan ini memang hasratnya untuk menyediakan ilmu agama kepadanya.

Berita berkaitan

'Tiada kompromi soal nyawa'

Pantau elak tragedi berulang

MAIWP bantu urus jenazah

PM zahir rasa sedih

Litar pintas dipercayai punca kebakaran [METROTV]

'Tujuh sahaja sempat turun'

'Mahu tolong ibu ayah ke syurga Firdaus' [METROTV]

Nekad turun dengan tujuh rakan

'Tolong bang...tolong bang' [METROTV]

Ya Allah, 24 semuanya terkorban

Api menjulang ketika azan subuh

20 maut, 3 kritikal, 2 separa kritikal

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 14 September 2017 @ 2:02 PM