Mary Victoria Dass

PELBAGAI lapisan masyarakat teruja menonton tayangan secara langsung istiadat persandingan Puteri Sultan Johor, Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Ibrahim dengan suaminya Dennis Muhammad Abdullah menerusi skrin digital gergasi ditempatkan di Dataran Bandaraya Johor Bahru di sini, hari ini.

Istiadat Persandingan Diraja Tunku Puteri Johor, Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Ibrahim dan suaminya, Dennis Muhammad Abdullah di Balai Singgahsana Istana Besar, Johor Bahru. FOTO IHSAN ROYAL PRESS OFFICE

Tinjauan mendapati orang ramai mula memenuhi Dataran Bandaraya pada 7.30 malam untuk menyaksikan secara langsung istiadat bersejarah berkenaan.

Ada yang datang bersama keluarga, pasangan dan rakan-rakan bagi melihat sendiri Istiadat Perkahwinan Diraja Johor itu.

Pemandangan dari udara keberangkatan tiba pasangan Diraja, Tunku Puteri Johor, Tunku Tun Aminah Iskandariah Sultan Ibrahim dan suami, Dennis Muhammad Abdullah menaiki Tangga Agung menuju ke Bilik Singgahsana Istana Besar Johor Bahru. FOTO MOHD AZREN JAMALUDIN

Rata-rata pengunjung yang ditemui mengungkapkan perasaan teruja mereka selain menzahirkan kata-kata tahniah kepada pasangan pengantin berkenaan.

Dataran Bandaraya antara lokasi  siaran langsung Istiadat Perkahwinan Diraja Johor. FOTO Zulkarnain Ahmad Tajuddin
Dataran Bandaraya antara lokasi siaran langsung Istiadat Perkahwinan Diraja Johor. FOTO Zulkarnain Ahmad Tajuddin

Pekerja swasta, Manja Zainuddin, 29, yang datang bersama ibunya, Adib Abu Bakar, 57, berkata, ia merupakan kali pertama mereka menyaksikan istiadat seumpama ini.

"Memang kami sudah rancang untuk datang ke sini sejak seminggu lalu.

"Saya menerima makluman berkaitan majlis ini menerusi laman sosial Facebook dan memang sentiasa mengikuti perkembangan keluarga kerabat," katanya.

Seorang pelajar, Nurul Amira Yusaini, 21, berkata dia berasa seronok menyaksikan tayangan secara langsung istiadat berkenaan.

Nurul Amira Yusaini (kanan) dan Manja Zainuddin. FOTO Mary Victoria Dass
Nurul Amira Yusaini (kanan) dan Manja Zainuddin. FOTO Mary Victoria Dass

"Ia merupakan perkahwinan dinanti-nantikan rakyat Johor.

"Sebagai rakyat Johor, Tunku Tun Aminah dikenali dengan sikap mesra rakyat dan seseorang yang gemar merendah diri.

"Sebagai rakyat Johor kami mendoakan Tunku Tun Aminah dan pasangannya kekal bahagia," katanya.

Istiadat persandingan di Bilik Singgahsana terbabit bermula 8.35 malam.

Pengantin perempuan mengenakan Baju Kurung Teluk Belanga manakala pengantin lelaki mengenakan Baju Melayu Teluk Belanga.

Berangkat ke istiadat terbabit Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar, Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah.

Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mencemar duli menepung tawar anakanda Tunku Puteri Johor, Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Ibrahim bersama suaminya, Dennis Muhammad Abdullah di Balai Singgahsana Istana Besar,  Johor Bahru. FOTO IHSAN ROYAL PRESS OFFICE

Berangkat sama, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan isteri, Che’ Puan Khaleeda Bustamam, Tunku Temenggong Tunku Idris, Tunku Panglima Tunku Abdul Rahman dan Tunku Putera Johor Tunku Abu Bakar.

UZAIR (kiri) bersama Naquib memperolehi pingat emas dalam acara sukan pelayaran kategor International​ 420 lelaki dalam saingan Sukan SEA 2017 di Langkawi.
UZAIR (kiri) bersama Naquib memperolehi pingat emas dalam acara sukan pelayaran kategor International​ 420 lelaki dalam saingan Sukan SEA 2017 di Langkawi.

Hadir sama, ibu bapa Dennis Muhammad, Martin dan Henriette Verbaas, ahli keluarga dan rakan terdekat dari Belanda.

Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim menepung tawar adindanya Tunku Puteri Johor, Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Ibrahim bersama suaminya, Dennis Muhammad Abdullah di Balai Singgahsana Istana Besar,  Johor Bahru. FOTO IHSAN ROYAL PRESS OFFICE

Kira-kira 1,200 tetamu kenamaan termasuk Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin turut menghadiri majlis berkenaan.

Ahmad Amsyar Azman memeluk bapanya, Azman Hassan selepas merangkul pingat emas. FOTO HM/AIZUDDIN SAAD
Ahmad Amsyar Azman memeluk bapanya, Azman Hassan selepas merangkul pingat emas. FOTO HM/AIZUDDIN SAAD

Istiadat merenjis dan menepung tawar dimulakan oleh Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah.

Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah mencemar duli menepung tawar pasangan Tunku Puteri Johor, Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Ibrahim bersama suaminya, Dennis Muhammad Abdullah di Balai Singgahsana Istana Besar,  Johor Bahru. FOTO IHSAN ROYAL PRESS OFFICE

Tunku Puteri Johor, Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Ibrahim bersama suami, Dennis Muhammad Abdullah tiba di Balai Singgahsana Istana Besar,  Johor Bahru. FOTO IHSAN ROYAL PRESS OFFICE
Tunku Puteri Johor, Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Ibrahim bersama suami, Dennis Muhammad Abdullah tiba di Balai Singgahsana Istana Besar, Johor Bahru. FOTO IHSAN ROYAL PRESS OFFICE

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 14 Ogos 2017 @ 11:23 PM