ALYAH (kiri) dan Farawahida. FOTO Nana Azman
ALYAH (kiri) dan Farawahida. FOTO Nana Azman
Sudirman Mohd Tahir


Dua figura ini tidak perlu diperkenalkan lagi. Sebelum wujud penyanyi sensasi YouTube dan laman sosial, Datin Alyah dan Farawahida terlebih dahulu merasai nikmat populariti.

Mereka hadir dengan bakat dan keunikan vokal tersendiri. Alyah dan Farawahida juga bermula dari bawah, bertatih dan berlari sehingga mampu berada di kelas tersendiri.

Menariknya mengenai dua bintang ini, kedua-dua mereka lahir dari program realiti RTM. Alyah adalah juara Bintang HMI 2000 dan Farawahida pula finalis Bintang RTM 2001.

Namun, sepanjang 17 tahun pembabitan mereka sebagai penyanyi, belum pernah sekali Alyah dan Farawahida bekerjasama atau berkongsi pentas.

Istimewa tahun ini, buat pertama kali mereka bekerjasama menerusi lagu duet berjudul Mengapa Harus Aku ciptaan Alfie Alwi dan lirik oleh Alyah.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 25 Julai 2017 @ 4:47 AM