MAYAT mangsa ditemui dengan enam kesan tikaman.
MAYAT mangsa ditemui dengan enam kesan tikaman.
Hadzlihady Hassan


WANITA warga Vietnam ditemui mati dengan enam kesan tikaman di badannya di flet di Taman Belimbing, Bukit Tengah, Bukit Mertajam, hari ini.

Mayat Tin Mar Moe, 28, yang juga pekerja kilang itu ditemui dalam keadaan tertiarap oleh penduduk berhampiran pada 8 malam tadi yang kemudian menghubungi polis.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, hasil rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati mangsa baru turun dari bas kilang pada 7.30 malam sebelum dikejar lelaki yang kemudian menikamnya.

Menurutnya, sepasukan polis Unit Anjing Pengesan (K9) tiba di lokasi kejadian dan berjaya menjejaki suspek yang bersembunyi dalam parit kira-kira 70 meter dari lokasi kejadian, kira-kira 10 malam tadi.

"Suspek, yang berusia 26 tahun ditahan dan polis turut merampas sebilah pisau yang dipercayai digunakannya untuk menikam mangsa.

"Mayat mangs dibawa ke hospital untuk bedah siasat dan motif kejadian masih disiasat," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 27 Mei 2017 @ 12:40 AM