A child holding blue baloons walks over the sign of Autism Awarness in Bucharest city April 2, 2014. International Autism Awareness Day was marked by a march downtown Bucharest and the blue lighting up of several important institutional buildings in Bucharest. AFP PHOTO / MIRCEA RESTEA (Photo by MIRCEA RESTEA / AFP)
A child holding blue baloons walks over the sign of Autism Awarness in Bucharest city April 2, 2014. International Autism Awareness Day was marked by a march downtown Bucharest and the blue lighting up of several important institutional buildings in Bucharest. AFP PHOTO / MIRCEA RESTEA (Photo by MIRCEA RESTEA / AFP)
Hartini Mohd Nawi


Autisme atau Autism Spectrum Disorder (ASD) adalah gangguan perkembangan saraf yang mempengaruhi kemampuan seorang kanak-kanak di dalam interaksi sosial, tingkah laku dan cara berkomunikasi.

Kajian mendapati satu daripada 160 kanak-kanak di dunia menghidapi sindrom autisme. Tidak ada punca tunggal yang diketahui untuk gangguan spektrum autisme tetapi secara amnya diterima bahawa ia disebabkan keabnormalan struktur otak atau fungsi.

Tidak dinafikan autisme bersifat spektrum di mana setiap kanak-kanak autisme umpamanya akan mempamerkan ciri-ciri yang berlainan dan perkembangan berbeza-beza.

Biasanya autisme dalam kalangan kanak-kanak boleh dikenal pasti seawal usia 22 bulan.

Pada usia ini bayi ini sepatutnya sudah mencapai beberapa peringkat perkembangan otak seperti bercakap dan bermain.

Malah Ibu bapa perlu lebih prihatin terhadap anak masing-masing bagi membolehkan mereka dibantu seawal mungkin.

Hakikatnya, tiada tempoh tepat untuk mengesan simptom autisme dalam kalangan kanak-kanak.

Hari Kesedaran Autisme Sedunia disambut setiap tahun pada 2 April bertujuan untuk meningkatkan kesedaran orang ramai berkenaan penyakit itu.

Individu dan organisasi di seluruh dunia meraikan Bulan Kesedaran Autisme dengan pelbagai acara untuk mendidik masyarakat.

Ia hampir 50 tahun berlalu sejak Autism Society mengadakan Bulan Kesedaran Autisme Kebangsaan pertama pada April 1970.

Berikut sebahagian tanda-tanda awal penyakit autisme yang harus ibu bapa ketahui:

1. Lambat bercakap

2. Mengelak bertentang mata ketika berbual dan gemar berseorangan

3. Suka mengulang sesuatu perkataan atau ayat

4. Memberi jawapan berbeza daripada soalan yang diajukan

5. Tidak memberi reaksi ketika nama dipanggil pada umur 12 bulan

6. Tidak menunjuk minat (dengan menunjuk terhadap sesuatu objek itu) pada umur 14 bulan

7. Tidak minat bermain olok-olok pada umur 18 bulan

8. Sukar untuk memahami perasaan orang lain atau meluahkan perasaan sendiri

9. Perubahan terhadap persekitaran akan menyebabkan mereka cepat marah

10. Taksub terhadap sesuatu perkara

11. Menunjukkan reaksi yang tidak sepatutnya terhadap satu rangsangan

12. Sering melakukan perbuatan berulang yakni seakan-akan mengepak tangan, menggoncang badan atau berpusing dalam bulatan

13. Tiada isyarat badan

14. Bercakap dalam tona yang rata, seperti robot atau menyanyi

15. Tidak memahami gurauan atau sindiran

16. Minat dan kelakuan yang aneh

17. Sering mengamuk

18. Tabiat makan dan tidur yang aneh

19. Terlebih aktif (Hyperactivity)

20. Panas baran

21. Bertindak melulu

22. Sukar untuk fokus

23. Cenderung untuk mencederakan diri sendiri

24. Mood yang tidak normal dan sering kali tidak stabil

25. Terlalu takut atau tidak mempunyai perasaan takut

26. Reaksi yang keterlaluan atau tidak sesuai

GAMBAR hiasan. FOTO AFP
GAMBAR hiasan. FOTO AFP

Faktor terjadinya autisme

Penyebab utama autisme sering kali dibincangkan pengkaji ialah genetik. Kita dikatakan masih lagi kurang memahami secara keseluruhan berkenaan genetik dan tiada rawatan untuk mengelakkan masalah ini daripada berlaku.

Selain itu, terdapat juga teori yang menyatakan bahawa autisme ini berlaku apabila ibu yang mengandung terjebak kepada pencemaran udara atau tabiat yang tidak sihat seperti merokok, minum arak atau penyalahgunaan dadah. Ini sudah tentu akan menjejaskan kesihatan janin dalam kandungan dan kemungkinan besar boleh menjadi punca masalah autisme atau masalah serius yang lain.

Pengesanan penyakit autisme

Kanak-kanak autisme tidak semestinya mempunyai semua gejala atau tanda-tanda di atas untuk disahkan menghidap penyakit itu. Terdapat dignosis lain juga yang perlu untuk dipertimbangkan.

Ujian di Internet dan sebagainya tidak mencukupi untuk mengesahkan diagnosis autisme. Ujian lain yang harus dilakukan termasuk ujian pendengaran bagi memastikan kanak-kanak itu lambat bercakap bukan kerana masalah pendengaran.

Seterusnya pakar psikiatri akan melakukan ujian khas dan yang lebih khusus sebelum diagnosis autisme diberikan. Oleh itu, amat disarankan jika anak anda disyaki menghidap autisme, segera dibawa berjumpa doktor supaya pemeriksaan lanjut dapat dilaksanakan.

Rawatan autisme

Rawatan autisme merangkumi pelbagai aspek kerana masalah ini tidak dapat diselesaikan dengan ubat-ubatan semata-mata selain perlu diteliti dari pelbagai aspek.

Paling utama adalah rawatan dari segi pendidikan. Ini kerana autisme akan membawa masalah kepada pembelajaran.

Mereka haruslah dihantar ke sekolah khas kerana di sekolah khas ini terdapat guru yang mahir dalam cara atau teknik untuk mengajar murid yang mempunyai masalah seperti autisme.

Bakat kanak-kanak ini akan diteroka dengan teknik pembelajaran yang betul. Malah turut ditambah baik dari segi sosial supaya anak-anak autisme boleh berinteraksi dengan orang lain dan kualiti hidup mereka akan diperbaiki.

Rawatan seterusnya adalah dengan menggunakan ubat-ubatan. Hal ini kerana kanak-kanak autisme mempunyai kemungkinan besar untuk menjadi agresif pada bila-bila masa.

Jika berlarutan, ia akan mendatangkan bahaya kepada kesihatan kanak itu sendiri. Oleh itu, mereka akan diberikan ubat untuk menenangkan emosi supaya tidak melakukan sebarang tingkah laku yang menjejaskan kesihatan mereka dan orang sekeliling.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 13 April 2023 @ 12:00 PM