Zahirah MacWilson dan suami, Aiman Hakim Ridza. Foto dari Instagram Zahirah
Zahirah MacWilson dan suami, Aiman Hakim Ridza. Foto dari Instagram Zahirah

Kuala Lumpur: Pelakon Zahirah MacWilson, 29, dan suami, Aiman Hakim Ridza, 35, berkongsi berita gembira bakal menimang cahaya mata perempuan yang juga anak kedua mereka tidak lama lagi.

Terdahulu, berita baik itu dikongsikan pasangan selebriti berkenaan menerusi satu hantaran video yang dimuatnaik bersama di akaun Instagram masing-masing dan dihujani ucapan tahniah orang ramai.

Menerusi video itu, didapati Aiman menyalakan suar sambil diperhatikan Zahirah yang mendukung anak sulungnya, Isaac Raees dalam majlis penuh meriah di kediaman mereka yang dihadiri ibu bapa serta saudara mara rapat.

Daripada suar itu, kelihatan keluar kepulan asap berwarna merah jambu, sekali gus menandakan bayi yang sarat dikandungkan Zahirah ketika ini adalah cahaya mata perempuan.

Meninjau ruangan komen, rata-rata netizen turut teruja serta mengucapkan tahniah kepada pasangan pelakon ini, termasuk mendoakan agar proses kelahiran bayi itu nanti berjalan lancar dan dipermudahkan Allah segala urusan.

"Allah sangatlah baik pada mereka.. diberikan rezeki anak lelaki dan anak perempuan," komen netizen.

"Sepasang dah, mesti comel sebab mamanya cantik.. papanya hensem," tulis seorang warganet.

"Alhamdulillah, moga baby dan mommy sihat-sihat selalu," kata wargamaya pada komen ditulis.

Pasangan Aiman dan Zahirah selamat mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan anak lelaki, Isaac Raees, 3.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 18 April 2024 @ 12:06 PM