Rozita Che Wan pada Majlis Perasmian Fiesta PERKESO Membawa Senyuman di sini, hari ini. FOTO Rohanis Shukri
Rozita Che Wan pada Majlis Perasmian Fiesta PERKESO Membawa Senyuman di sini, hari ini. FOTO Rohanis Shukri
Ramlah Zainal

 

Kuala Lumpur: "Saya tidak pernah labelkan diri dengan apa-apa gelaran. 

"Bila ada yang menulis sebegitu, orang akan kecam artis dan menganggap golongan artis berlagak," kata pelakon jelita dan usahawan Rozita Che Wan.

Rozita berkata demikian ketika diminta 

mengulas keratan media yang mendakwa dia menyebut dirinya sebagai golongan T20 menerusi perkongsiannya di Instagram (IG).

Menurut Rozita atau Che Ta, 50, dia berasa kecewa dan kesal apabila ada pihak yang memanipulasikan kenyataannya.

Katanya, sebarang kenyataan yang disalah guna juga boleh menimbulkan kekeliruan kepada banyak pihak. 

"Lebih teruk lagi sekiranya ia menjadi bahan kecaman dan golongan artis yang menjadi sasaran," katanya kepada Harian Metro. 

Che Ta ditemui ketika program Fiesta Perkeso Membawa Senyuman yang berlangsung di sini, hari ini.

Mengenai perkara itu lagi, kata Che Ta, dia juga berasa kurang selesa apabila gambar anaknya, Aaisyah Dhia Rana juga digunakan dalam keratan media berkenaan.

Katanya, dia juga bukanlah seorang ibu yang terlalu memanjakan anak-anaknya.

"Saya menjadi lebih 'trigger' apabila ia membabitkan anak. Memang Aaisyah tak tahu tapi perkara ini tidak sepatutnya berlaku. 

"Anak-anak juga tahu saya memang seorang yang bekerja keras sejak dulu," katanya.

Ditanya kejayaan yang dimiliki hari ini, kata Che Ta, segala apa yang dimilikinya tidak pernah datang bergolek tanpa kerja keras dalam bidang seni dan perniagaan. 

Katanya, sebagai usahawan, dia juga sentiasa mengeluarkan produk-produk dengan harga mampu milik supaya dapat memberi manfaat kepada orang ramai. 

"Kalau saya  T20 pun bukan saya duduk di rumah berbaring dan tidur. Saya bekerja keras untuk sampai ke tahap begini. 

"Yang membeli produk saya pun terdiri daripada pelbagai golongan dan saya mahu semua orang dapat dengan harga mampu milik," katanya.

 

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 2 Mac 2024 @ 7:13 PM