AZIAN berkongsi beberapa gambar ketika melawat arwah ibunya.
AZIAN berkongsi beberapa gambar ketika melawat arwah ibunya.
Ridzuan Abdul Rahman


Kuala Lumpur: Ibu penyanyi Azian Mazwan Sapuwan, Maznah Mohamad meninggal dunia di kediamannya di Permin Jaya, Kuala Terengganu pada jam 2.03 pagi tadi. 

Khabar duka itu dimaklumkan penyanyi terbabit menerusi  perkongsian di media sosialnya. 

"Innalillahiwainnailaihirojiun. Nak maklumkan, bonda saya Maznah  (Kak Nah / Nah Sapuwan) telah kembali ke rahmatullah pada jam 2.03 am, Ahad 7 Jan 2024 di kediaman mama di Permin Jaya, Kuala Terengganu. 

"Mohon doakan Allah ampunkan segala dosa Mama, tempatkan Mama dalam golongan para solehah dan mereka yang beriman. Aamiin ya Allah...

"Jenazah akan diuruskan di rumah kami dan InsyaAllah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Tok Abas, Batu Buruk, Kuala Terengganu." tulisnya. 

Perkongsian ini mendapat respon rakan-rakan dan peminat yang tidak ketinggalan mengucapkan takziah serta menghadiahkan Al-Fatihah buat allahyarham ibunya.  

Terdahulu, pada 28 Disember lalu, penyanyi lagu Rumah Kecil Tiang Seribu ini memuatnaik berita ibunya dimasukkan di Hospital Sultanah Nur Zahirah.  

 

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 7 January 2024 @ 11:05 AM