KONSERT Sebuah Epitome Saya Siti Nurhaliza di Axiata Arena pada 9 Mac depan.
KONSERT Sebuah Epitome Saya Siti Nurhaliza di Axiata Arena pada 9 Mac depan.

Kuala Lumpur: Tiket Konsert Sebuah Epitome Saya Siti Nurhaliza habis terjual 'sold out' dalam masa dua jam selepas kaunter pembelian dibuka.

Penyanyi, Datuk Seri Siti Nurhaliza menerusi Instagramnya meluahkan rasa gembira dan terima kasih atas sambutan daripada peminat-peminatnya itu.

"Alhamdulillah. Terima kasih dari lubuk hati terdalam. Maafkan saya kepada yang tak dapat membelinya. Saya minta maaf sedalam-dalamnya juga.

"Saya memahami ada yang mencuba dan tidak sempat mendapatkannya. Ada rezeki di persembahan yang lain nanti. Doakan saya," tulisnya.

Ruangan komen bercampur baur dengan rasa gembira peminat dan juga ada yang meluahkan kekecewaan kerana tidak dapat membeli tiket konsert itu.

Konsert Sebuah Epitome Saya Siti Nurhaliza akan berlangsung pada 9 Mac 2024 di Axiata Arena, Bukit Jalil.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 21 Disember 2023 @ 6:24 PM