Lagu Sutera nyanyian Aisha Retno meraih gelaran Lagu Terbaik di episod kedua SFMM38 yang berlangsung di Studio 1, Glenmarie. FOTO ROHANIS SHUKRI
Lagu Sutera nyanyian Aisha Retno meraih gelaran Lagu Terbaik di episod kedua SFMM38 yang berlangsung di Studio 1, Glenmarie. FOTO ROHANIS SHUKRI
Najiy Jefri


Shah Alam: Lagu ciptaan dan nyanyian Aisha Retno berjudul Sutera diangkat sebagai Lagu Terbaik pada hari kedua Separuh Akhir Muzik Muzik 38 (SFMM) yang berlangsung di Studio 1, Glenmarie, di sini, hari ini.

Kejayaan itu membolehkan Aisha membawa pulang wang tunai sebanyak RM3,000 serta barangan eksklusif tajaan penaja utama Alha Alfa.

Selain Sutera ciptaan dan lirik oleh Aisha turut dicipta oleh MFMF.

Sementara itu, Lagu Pilihan Alha Alfa pula dimenangi oleh lagu Astana, nyanyian Ernie Zakri sekali gus memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM2,000 dan barangan eksklusif Alha Alfa.

Semua lagu yang bertanding di SFMM38 diadili oleh barisan juri iaitu Datuk Mokhzani Ismail selaku ketua, Datuk Wah Idris, Cat Farish, Helen Yap, Azmeer dan LY, manakala Lagu Pilihan Alha Alfa diundi peminat.

10 lagu yang bertanding hari ini adalah Korbankan Kita nyanyian MOJO dan ciptaan sepenuhnya oleh Edry Abdul Halim; Kamu Kamu (Wani Kayrie / Ziin / Jerry); Alah Bisa (Amira Othman feat Putera Muhammad /Glow Rush / Mage, Nick Ariff, Glow Rush, Faizal Tahir & Acap Salim; Astana (Ernie Zakri / Omar K, Shazriq Azeman, Ernie Zakri & Syamel / Omar K, Shazriq Azeman, Ernie Zakri & Syamel) dan Cinta Hanya Buatan (Muna Shahirah feat Afieq Shazwan / Gouffran & Ibnu / Gouffran & Ibnu).

Turut bertanding berebut tempat ke Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-38 adalah Cinta Sahabiyah nyanyian Datin Alyah dan ciptaan Datin Alyah dan Omar K serta lirik oleh Datin Alyah; Menyantun Kasih (Siti Nordiana / M Nasir / Keon); Sejuta Maaf (Liza Hanim / Sirkhan & Rinkarnaen /Sirkhan); Sutera (Aisha Retno / Aisha Retno & MFMF / Aisha Retno); Kalam (Shiha Zikir / Iqie Hugh, John Jeeves & Firdaus Rahmat / Iqie Hugh, John Jeeves & Firdaus Rahmat).

12 lagu terbaik yang akan diumumkan esok pada episod terakhir SFMM38 sekali gus berentap di AJL38 yang bakal berlangsung dari Axiata Arena, Bukit Jalil pada 3 Mac tahun depan.

SFMM38 dihoskan oleh Izzue Islam dan Fiza Frizzy.

Setiap episod SFMM38 dimeriahkan dengan persembahan jemputan yang berbeza.

Pada episod hari ini, Akim & The Majistret menghiburkan penonton dengan lagu Potret dan Saksama.

Sidang produksi SFMM38 diketuai oleh Russell Mark Rodrigues sebagai pengurus projek, Sufian Che Isa sebagai penerbit eksekutif dan Noradillah Abdullah sebagai penerbit.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 16 Disember 2023 @ 5:30 PM