AIMAN Tino bersama isterinya Syarah ketika ditemui di Majlis Pelancaran Restoran Ngam Ngam Neighbourhood di Putrajaya. FOTO Hazreen Mohamad
AIMAN Tino bersama isterinya Syarah ketika ditemui di Majlis Pelancaran Restoran Ngam Ngam Neighbourhood di Putrajaya. FOTO Hazreen Mohamad
Syafil Syazwan Jefri

Putrajaya: "Tapi, masih ada juga yang 'menggedik' dengan saya walaupun isteri ada di sebelah,".

Demikian kongsi penyanyi, Aiman Tino, yang masih berdepan dengan situasi di mana berhadapan dengan peminat yang 'menggedik' walaupun statusnya kini bergelar suami.

Aiman ketika ditemui di Majlis Pelancaran Restoran Ngam Ngam Neighbourhood di sini berkata, ada juga peminat yang bertindak menyentuh bahagian lengannya.

"Setakat ini, tak ada yang hantar mesej-mesej bukan-bukan. Kalau berjumpa depan-depan, ada yang cuba duduk rapat-rapat sampai kita rasa tak selesa. Ada yang cuba sentuh lengan dan sebagainya. Tapi, tak ada yang hantar mesej bukan-bukan.

"Saya pun malas nak layan sebenarnya benda-benda begitu. Yang penting, mereka tahu hormat saya dan saya pun jagalah benda-benda begitu.

"Sebelum ini, saya memang suka untuk ramah mesra dengan peminat lelaki atau perempuan. Sekarang, saya dah tahu ada batasnya sebab ada isteri di sebelah," katanya kepada Harian Metro.

Tambahnya, dia bersyukur kerana isterinya, Syarah Haifa bersikap profesional.

"Tapi, isteri saya memang benar-benar profesional. Saya tengok, dia macam okay sahaja. Tapi, balik ke rumah, dia mulalah membebel. 'Awak boleh ye senyum-senyum, layan lebih-lebih?'.

"Saya jelaskan kepada dia, itu cuma sekadar peminat. Tapi, saya memang kagum dengan sikap profesional dia di luar dan setakat ini, tak pernah terlepas lagi," katanya.

Aiman berkahwin dengan Syarah pada 27 April lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 1 November 2023 @ 6:44 PM