Aishah.
Aishah.
Ramlah Zainal

 

Shah Alam: Penyanyi Datuk Aishah diumumkan sebagai peserta ketiga tersingkir pada konsert minggu keempat, All Stars Gegar Vaganza (GV10) yang berlangsung di Dewan Auditorium MBSA, malam tadi.

Menerusi konsert minggu keempat, juara GV musim keempat itu mendapat markah terendah iaitu 43.75 peratus.

Sementara itu, penyanyi Noryn Aziz muncul sebagai peserta yang menduduki tangga teratas dengan markah sebanyak 85.25 peratus.

Tempat kedua milik Liza Hanim 85 peratus manakala ketiga Ayai 83.25 peratus.

Penyingkiran Aishah sekali  gus menyaksikan Naqiu, Nikki Palikat, Liza Hanim, Hady Mirza, Azharina, Zamani, Jaclyn Victor dan Noryn Aziz berjaya melangkah ke minggu kelima.

Sementara, Ayai Illusi, Siti Nordiana, Ezad Lazim, Aliff Aziz, Tomok turut mara ke peringkat seterusnya.

Rancangan popular itu menyaksikan kesemua bintang diadili oleh juri profesional iaitu Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Syafinaz.

Konsert ASGV10 diacarakan gandingan pengacara, Nabil Ahmad dan Jihan Muse.

 

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 16 Oktober 2023 @ 8:27 AM